Monday, August 5, 2013

SERAMAI 230 KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN TERIMA SUBANGAN RAYA

Posted by Smookiekins On 8/05/2013 03:22:00 PM
 
Bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh golongan keluarga kurang berkemampuan untuk menyambut hari lebaran yang semakin hampir diambang pintu, seramai 230 penduduk kawasan Parlimen Batu Sapi masing-masing telah menerima sumbangan berupa wang dan beras daripada Ahli Parimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin pagi kelmarin.

Bercakap kepada Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan, Linda menjelaskan ini sudah menjadi kewajiban dan tanggungjawab kepada pemimpn kerajaan untuk memberi sumbangan sempena dibulan Ramadan yang penuh berkat ini supaya mereka sama-sama merasa kegembiraan menyambut hari lebaran nanti seperti masyarakat yang lain.

Memandangkan harga barang agak mahal sedikit di musim-musim perayaan ini Linda menasihatkan masyarakat yang kurang bekemampuan agar berjimat cermat dan belilah barang-barang yang berkeperluan sahaja.

Dalam pada para penerima melahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi itu.

"Kita rasa bersyukur kerana mempunyai satu kerajaan iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN) serta barisan pemimpinnya seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman dan juga Datin Linda yang cukup prihatin terhadap nasib dan masalah rakyat jelata, kata seorang penduduk selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut” kata salah seorang penduduk di situ.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou dan ketua-ketua cawangan PBS kawasan Parlimen Batu Sapi. - SABAHKINI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...