by : Yap Siong Han
HASAN (tengah) dan Jainab menunjukkan tanda bagus sebagai simbolik bekalan diesel subsidi mencukupi.
KOTA
KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Korperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) memberikan jaminan bahawa bekalan diesel subsidi
di Sabah mencukupi untuk musim perayaan.
Menteri
PDNKK, Datuk Hasan Malek berkata keadaan bekalan diesel subsidi sudah
kembali seperti biasa berikutan tindakan-tindakan proaktif yang diambil
sebelum ini dengan penambahan jumlah kuota diesel subsidi kepada
depot-depot untuk menghantar ke seluruh Sabah.
“Saya
turun padang hari ini (kelmarin) untuk meninjau keadaan dan mendapati
keadaan sudah pulih seperti biasa, tiada lagi barisan yang beratur
panjang bagi mendapatkan bekalan itu.
“Oleh
itu, saya ingin memastikan bahawa penguatkuasaan KPDNKK akan
ditingkatkan lagi bagi memastikan perkara yang sama berulang di masa
hadapan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini kelmarin.
Beliau
berkata, lawatan yang dilakukan bersama pegawai KPDNKK yang lain di
depot-depot Petronas dan Shell didapati tidak menghadapi masalah bekalan
bagi musim perayaan.
Walau
bagaimanapun, Hasan kecewa dengan 12 pengusaha yang didapati bersalah
dan telah diambil tindakan berdasarkan Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Mereka
atau individu yang didakwa berdasarkan akta ini akan diheret ke
mahkamah dan denda sekurang-kurangnya RM100 ribu atau RM300 ribu atau
tiga tahun penjara mengikut kesalahan.
“Duabelas
kes kesalahan itu termasuklah tujuh kes di Sabah, tiga di Sandakan dan
dua di Tuaran. Bagi syarikat yang melakukan kesalahan, mereka boleh
didenda sekurang-kurangnya RM250 ribu dan membatalkan lesen perniagaan,”
katanya.
Menurutnya,
sekiranya bukti yang diperolehi jelas menunjukkan kesalahan syarikat
itu, pesalah bukan sahaja disenarai-hitamkan tetapi mereka tidak
dibenarkan berniaga kembali walaupun mendaftar menggunakan nama orang
lain.
Katanya,
pihak KPDNKK tidak berkompromi dengan pesalah-pesalah itu kerana
kesalahan yang dilakukan itu melibatkan kebajikan rakyat.
“Mereka
yang ingkar ini adalah mereka yang tidak mahu menjual diesel subsidi
kepada orang awam dengan alasan tiada bekalan, sebenarnya mereka
mempunyai bekalan yang mencukup dan mereka ingin menjual kepada pihak
industri untuk mendapatkan keuntungan yang lebih.
“Saya
meminta kerjasama daripada orang awam sama-sama membantu KPDNKK untuk
mengenalpasti mereka yang menyeludup bekalan ini dan buat aduan ke
talian 1800 886 800,” katanya.
Hasan juga memberikan jaminan bahawa tindakan lebih cepat dan tegas akan diambil bagi mengharmonikan keadaan.
Beliau
berkata, kuota tambahan yang ditambah itu adalah untuk sementara
sahaja, bagi langkah jangka panjang, KPDNKK akan membuat kajian dan
berbincang dengan persatuan-persatuan berkaitan untuk menyelesaikan
masalah itu.
Hasan
juga menjelaskan bahawa cadangan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal
Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid mengenai mewujudkan pusat
pengumpulan dan juga cadangan-cadangan dari pihak lain akan dibawa ke
mesyuarat kementerian akan datang.
sumber: THE BORNEO POST
0 comments:
Post a Comment