Monday, August 5, 2013

Kewujudan VOR/DME di landasan KKIA bukti Darell sembunyikan fakta sebenar

Posted by Smookiekins On 8/05/2013 04:54:00 PM
Bagaimanapun, kenyataan itu berkata, jabatan berkenaan tetap mempertahankan penggunaan VOR / DME kerana prosedur sistem itu sama dengan ILS. Prosedur ini, direka dan disahkan oleh DCA yang membenarkan juruterbang untuk mendekati landasan walaupun dalam keadaan cuaca teruk atau pada waktu malam. Sama seperti pendekatan prosedur Sistem Alat Pendaratan, sistem VOR / DME ini memerlukan juruterbang untuk melihat landasan dari ketinggian tertentu / jarak dari landasan untuk melakukan pendaratan,” katanya. - TMI

Adakah Darell bersetuju dan berpuas hati dengan penjelasan Jabatan Penerbangan Awam seperti diatas? Sehingga kini Darell diam membisu selepas beliau berjaya menimbulkan ketakutan dikalangan orang awam sedangkan situasi sebenar di KKIA tidaklah begitu ngeri sebagaimana yang digambarkan oleh beliau. Benarlah jangkaan penulis bahawa Darell sengaja menyembunyikan fakta sebenar dengan niat mahu menakut-nakutkan orang awam bagi membangkitkan kebencian terhadap kerajaan dan dalam masa yang sama cuba untuk mempopularkan dirinya. Jika hari ini Darell boleh tampil dengan pendedahan yang kurang jujur tanpa sedikitpun rasa bersalah, bagaimana agaknya jika beliau menjadi sebahagian dari menteri kabinet? Sudah tentu sifat tidak jujur itu akan dimanfaatkan oleh beliau bagi mengekalkan kuasa..

Sepatutnya Darell merujuk terlebih dahulu perkara itu kepada pihak yang berkenaan sebelum mewar-warkan di media. Mana mungkin KKIA dibenarkan beroperasi mengendalikan lebih 5 juta penumpang setiap tahun jika benar lapangan terbang itu tidak mematuhi standard piawaian. Mainan persepsi Darell ternyata berjaya memakan diri sendiri walaupun beliau berjaya mempengaruhi persepsi sebilangan orang awam untuk meragui tahap keselamatan di KKIA. Bagaimanapun, penulis tetap menghormati pendirian orang awam samada perlu bagi mereka untuk meragui tahap keselamatan di KKIA atau sebaliknya. Namun, teramatlah sadis bila Darell tergamak membandingkan lapangan terbang Kota Kinabalu dengan nahas kapal terbang di San Francisco, sedangkan faktor penyebab pada setiap kemalangan berbeza daripada fizikal susun atur lapangan terbang, prosedur, peralatan dan penumpang..

Malah KKIA tidaklah begitu kejam sehingga sanggup membiarkan para juruterbang dan penumpang-penumpangnya berhadapan dengan risiko nahas. Sebaliknya, pihak KKIA mengambil inisiatif menggunakan VOR (VHF Rangkaian Antena Pelbagai) dan DME (Jarak Peralatan Pengukuran) sehingga akhir 2014 sementara menunggu Alat Sistem Pendaratan baru (ILS) dipasang. Mustahil Darell tidak mengetahui kewujudan VOR dan DME yang digunakan KKIA jika benar beliau ada menjalankan pemantau dan siasatan sebelum melakukan kerja-kerja mencemar nama baik negeri sendiri. Atau perkara itu sengaja disembunyikan oleh Darell kerana mahu orang awam tertanya-tanya sekaligus menghakimi kerajaan dan KKIA?? Walau apapun motif tersirat Darell, beliau perlu lebih matang dan profesional dalam membuat pendedahan yang boleh menjejaskan nama baik negeri sendiri..

Usaha memperjuangkan agenda politik tidak semestinya perlu dilakukan dengan memperkudakan imej baik negeri Sabah dimata dunia.. tidak perlu juga melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan ekonomi Sabah.. Setiap pendedahan perlu dilakukan dengan cara yang jujur tanpa menyembunyikan fakta sebenar. Rakyat berhak mengetahui tahap keselamatan mereka dan berhak membuat pertimbangan berdasarkan maklumat-maklumat yang disampaikan kepada mereka, namun ahli-ahli politik tidak sepatutnya mengambil kesempatan ini dengan menghidangkan maklumat yang mengelirukan kepada rakyat serta bertujuan untuk menarik sokongan politik semata-mata.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...