Tuesday, October 2, 2012

Lebih ramai sukarelawan diperlu sebar langkah cegah kanser payu dara

Posted by Smookiekins On 10/02/2012 12:51:00 PM

Lebih ramai sukarelawan diperlukan untuk memberi kesedaran mengenai langkah pencegahan penyakit kanser payu dara di kalangan masyarakat luar bandar terutama di kawasan terpencil.

Presiden Persatuan Kinabalu Pink Ribbon (KPR), Lucilla Pang, berkata penyakit pembunuh nombor satu di kalangan wanita Malaysia itu haruslah diberi sepenuh perhatian oleh semua masyarakat.

“Kita sedar akan mengenai bahaya kanser payu dara. Bagi mewujudkan kesedaran dalam diri semua orang, satu usaha yang jitu diperlukan supaya setiap lapisan masyarakat dapat mengetahui cara-cara mencegah,” katanya.

Lucilla berkata, pendedahan awal di kalangan kanak-kanak sekolah harus dimulakan supaya mereka mempunyai pengetahuan mengenai bahaya kanser payudara.

“KPR ingin mewujudkan satu kesedaran awal di kalangan generasi muda yang bermula di sekolah-sekolah.

“Sama ada murid lelaki mahupun perempuan, mereka harus diberi pendidikan awal tentang isu itu dan ia juga merupakan salah satu platform penyebaran kesedaran yang akan dapat membantu masyarakat di masa hadapan,” ujar Lucilla.

Lucilla berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di Program Mengumpul Dana Untuk Menyokong Kesedaran Tentang Kanser Payu Dara di sini kelmarin.

Katanya, salah satu fungsi utama KPR memberi sokongan padu dari aspek emosi dan motivasi kepada para penghidap kanser payu dara.
“Kami akan pergi ke rumah penghidap kanser payu dara dan akan memberi mereka kata-kata semangat dan motivasi.

“Malah, ada di kalangan kami yang pernah menghidap penyakit itu yang telah sembuh akan menjadi sukarelawan dalam membantu pesakit baru,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa satu program anjuran KPR iaitu ‘Pink Family Day’ akan dijalankan pada 28 Oktober 2012 di Teluk Likas bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 2 petang.


Sumber: New Sabah Times

5 comments:

  1. Jadi golong muda perlu diberikan pendedahan mengenai kanser payu dara ini. Ini bagi memastikan masalah ini akan dapat ditangani segera sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  2. Breast cancer awareness among rural women is still very low compared to those living in town.

    The Likas Women and Children Hospital's Radiotherapy and Oncology Department Head, Dr. Daren Teoh explained that research suggests there should be about 40 new breast cancer cases in every 100,000 people globally.

    ReplyDelete
  3. Only about 15% of later stage patients survive more than five years, whereas if they were detected earlier, the chances of survival are about 95% or more.

    ReplyDelete
  4. Fifty-two per cent of women, especially in rural areas of Sabah, still turn to traditional cures despite being diagnosed with breast cancer.

    ReplyDelete
  5. kesedaran perlu ada tentang kanser payudara agar ia boleh dicegah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...