Tuesday, May 15, 2012

Jenayah: Orang ramai digalak daftar ahli Rakan Kop

Posted by Smookiekins On 5/15/2012 01:27:00 PM
Orang ramai digalakan mendaftar sebagai ahli Rakan Kop untuk memberi maklumat terkini mengenai kegiatan dan kejadian jenayah di kawasan mereka kepada polis. Dengan maklumat yang disalurkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) akan membolehkan polis mengambil tindakan segera menyiasat ke tempat kejadian.
 Bantu mengurangkan jenayah sekitar anda


Ketua Jabatan Pengurusan Ibupejabat Kontinjen Polis Sabah, SAC Noor Azam Jamaludin berkata kepada pemberita setelah melancarkan program High Profile Policing (HPP) di kawasan pekan Tanjung Aru kelmarin.

“Kami menjemput orang awam serta para peniaga yang beroperasi di pekan Tanjung Aru serta mereka yang di beberapa taman perumahan dan kampung di sini supaya mendaftar sebagai ahli Rakan Kop,” kata Azam.

Beliau beerkata dengan cara menjadi ahli Rakan Kop dan menyalurkan maklumat kejadian jenayah dengan mudah melalui SMS akan dapat membantu polis membendung dan mengurangkan jenayah di semua daerah utama seluruh Sabah.

“Kami akan mengambil tindakan segera untuk menjalankan siasatan ke tempat kejadian setelah menerima hantaran SMS daripada ahli Rakan Kop dan akan memberi maklum balas kepada ahli Rakan Kop berkenaan untuk memaklumkan keadaan tempat kejadian,” kata Azam.

Menjawab soalan, Azam berkata beliau amat bangga dengan prestasi kerja dan hubungan rapat antara polis bandaraya dan balai polis Tanjung Aru dengan pengusaha kedai dan awam di sini.

“Hampir 98 peratus peniaga dan awam mengenali Ketua Polis Daerah (KPD) Bandaraya ACP Ahmad Sofi Zakaria dan Ketua Polis Balai (KPB) Tanjung Aru S.I Abd Samad Sumadi,” kata Azam.

Generasi Bebas Jenayah
Beliau berkata orang ramai harus mengikut perubahan zaman dan trend jenayah masa kini yang telah jauh berbeza dibandingkan dengan keadaan era 70-an, oleh yang demikian mereka harus berfikiran positif dan bekerjasama dengan polis dalam membanteras kegiatan jenayah.

“Orang awam tidak semestinya mengharap pasukan polis dalam menjaga keamanan dan mencegah jenayah, orang ramai juga harus menjalankan kewajipan mereka dengan memberi maklumat kejadian jenayah kepada polis,” tambah Azam.

Azam berkata golongan pelajar sekolah serta pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta merupakan antara golongan yang perlu menjadi ahli Rakan Kop.

Mereka yang ingin mendaftar menjadi ahli Rakan Kop boleh menghantar SMS- PolisSabah – daftar – nama dan hantar ke 32728.

Sumber: New Sabah Times

24 comments:

  1. jadilah ahli rakan cop dan beri kerjasama dalam membanteras jenayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benteras jenayah tanggungjawab bersama.

      Delete
  2. Menerusi rakan kop, pihak polis mampu menurunkan kadar jenayah sebanyak 7.6% berbanding tahun lepas.

    ReplyDelete
  3. Makluman daripada orang ramai terhadap aktiviti dan kes jenayah adalah penting untuk membantu kerajaan mengambil tindakan.

    ReplyDelete
  4. Rasanya semua sekolah menengah di negara ni sudah menubuhkan kelab Rakan Kop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la kalau begitu.. saya harap generasi akan datang lebih mampu menurunkan kes jenayah di negara/negeri ini..

      Delete
  5. Sama2lah bekerjasama dan ambil peranan dalam menangani masalah jenayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peranan sebagai orang awam sangat membantu mengurangkan kadar jenayah

      Delete
  6. Generasi yang bebas dari jenayah adalah generasi yang tinggi disiplin dan berwawasan

    ReplyDelete
  7. Rakan Kop mudah dan dapat membantu menyelesaikan masalah jenayah dengan pantas.

    ReplyDelete
  8. atau lebih baik orang awam sendiri bertindak sebagai mata dan telinga polis dan menyalurkan maklumat tentang aktiviti jenayah di kawasan masing2..

    ReplyDelete
  9. Sabah recorded a 7.6 per cent drop in crime index while street crimes declined by 43.6 per cent since early this year as a result of the people’s cooperation with the police in fighting crimes, according to Bukit Aman Special Task Force Department Director, CP Dato’ Mohamad Fuzi Harun.

    ReplyDelete
  10. Nationwide, he said the crime index dropped by 10.8 per cent while street crimes plunged by 44.3 per cent during the period.

    ReplyDelete
  11. Mohamad Fuzi said through the ‘Rakan Cop’ programme, the people have helped the police to achieve its target of reducing the crime rate throughout the country.

    ReplyDelete
  12. This integrated approach will be continued to reduce the crime rate to the minimum level possible, be it at the national or state level.

    ReplyDelete
  13. In Sabah, he said the people had responded very positively to the ‘Rakan Cop’ programme of the Royal Malaysian Police.

    ReplyDelete
  14. PDRM will continue to intensify the programme in our effort to reduce the crime rate in the country including Sabah.

    ReplyDelete
  15. Police will organise a twice monthly meet-the-people session at public places so as to have a direct and two-way interaction with them.

    ReplyDelete
  16. The aim of the programme is to foster closer ties with the people and to have better cooperation.

    ReplyDelete
  17. The cooperation of the people is very important especially when we carry out an integrated programme such as this which allows the police to know their grievances or problems that need to be resolved quickly.

    ReplyDelete
  18. He also distributed leaflets about the programme and the public’s response was very positive.

    ReplyDelete
  19. Members of the public can now forward their complaints to the police online and the police will provide as much feedback as possible to each complaint received.

    ReplyDelete
  20. ‘Rakan Cop’ is a medium to bridge the gap between the police and the community. It is an easy and practical concept to build strong alliances with the public through a clearer, simpler, more integrated and orderly approach.

    ReplyDelete
  21. ‘Rakan Cop’ is a form of community-oriented policing and a smart partnership approach to encourage the involvement of the public in security matters and in fighting crimes.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...