Cukai barangan dan perkidmatan (GST) merupakan salah satu isu yang hangat dibincangkan dan dipertikai. Pelbagai maklum balas rakyat terhadap pelaksanaan GST yang bakal dilaksanakan. Namun, kerajaan belum lagi menetapkan tarikh dan masih mengkaji secara mendalam lagi.
Menurut pakar ekonomi Malaysia Rating Corp Bhd (MARC) Nor Zahidi Alias, pelaksanaan GST akan menjadi lebih efisien dan akan menyebabkan kurang herotan ekonomi berbanding cukai jualan yang ia akan digantikan.
Pelaksanaan GST juga membolehkan kerajaan mengurangkan cukai korporat dan pendapatan untuk mengalakkan pelaburan.
Disamping itu, GST akan dapat membantu negara mengekalkan potensi untuk mendorong pertumbuhan ekonomi dalam pasaran global yang berdaya saing.
Rakyat harus faham bahawa GST tidak seperti cukai jualan. Pergerakan GST ini adalah semula jadi kerana ia berkaitan dengan kuasa pasaran dan perniagaan. Kadar 7% yang dicadangkan akan memberi kesan minimum kepada harga dalam tempoh masa sederhana dan panjang berbanding cukai jualan semasa antara 5% dan 10%.
Namun begitu kemungkinan negara akan mengalami inflasi yang tinggi pada peringkat awal. Dijangka penyebab kepada kenaikan sekali inflasi adalah bergantung kepada paras barangan dan perkidmatan dalam kumpulan indeks pengguna (IHP) yang terlibat.
Indeks harga pengguna atau IHP (Bahasa Inggeris: Consumer Price Index, CPI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang bagi tahun semasa. - http://ms.wikipedia.org/wiki/Indeks_harga_pengguna
IHP mengambil kira "bakul" barangan dan perkhidmatan secara am, dikelaskan berpandu kepada "Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan" olehPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations “Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP)”). - http://ms.wikipedia.org/wiki/Indeks_harga_pengguna
Pelaksanaan GST kelak dijangka akan bertambah antara 0.8% dan 2% kepada IHP. Jadi, diandaikan kira-kira 20% dan 50% barangan dan perkidmatan dalam kumpulan IHP akan tertakluk kepada 4% GST.
Pelaksanaan rejim cukai baru adalah penting untuk memastikan kewangan negara kekal di paras yang stabil. Cukai pengguna dijangka akan dapat meningkatkan hasil kerajaan dan pada masa yang sama dapat mengurangkan difisit fiskal yang seterusnya boleh meingkatkan lebihan akaun semasa.
Selain itu, pertumbuhan ekonomi negara akan mengwujudkan pekerjaan nilai tambah dan dapat meningkatkan pendapatan. Bayangan kadar tetap GST kemungkinan bermula daripada 4%. Pada kadar ini, GST berada pada paras rendah daripada cukai jualan dan perkidmatan. iaitu 10% dan 6%.
Kerajaan akan sedaya-upaya mengumpulkan lebih banyak pendapatan dan aktiviti mengelak cukai dapat dikurangkan berdasarkan mekanisme cukai itu yang boleh mengekang perkara itu.
GST merupakan cukai yang lebih adil. GST adalah cukai berdasarkan penggunaan. Ini bererti lebih banyak anda pakai atau guna maka lebih banyak anda bayar. Keadaan sebaliknya, jika anda semakin rajin bekerja maka pendapatan anda akan semakin banyak. Sepatutnya melalui pelaksanaan GST anda akan boleh menikmati cukai yang kurang.
~Admin (Smookiekins)
0 comments:
Post a Comment