Tuesday, May 7, 2013

50 orang lakukan perarakan protes sejauh 5 kilometer

Posted by Smookiekins On 5/07/2013 03:24:00 PM


POLIS bertindak meleraikan perarakan terbabit di perkarangan bangunan pasaraya Emporium, berhampiran Wisma Merdeka di Jalan Pantai kelmarin


KOTA KINABALU: Satu kumpulan dianggotai 50 orang yang mahu dikenali sebagai ‘The Silent Walk’ telah melakukan perarakan sejauh 5 kilometer dari bangunan pusat beli belah Suria Sabah sebagai simbolik protes kepada sistem kelangsungan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Kumpulan terbabit dipercayai melakukan perarakan menuju ke bangunan Umno Negeri Sabah yang terletak di Karamunsing di sini kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Perarakan itu sedikit terganggu apabila berlaku kekecohan di bawah perkarangan pejabat Umno Kota Kinabalu, berhampiran Kinabalu Emporium di sini namun berjaya dileraikan anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu keadaan adalah terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Beliau turut menasihatkan kumpulan terbabit untuk tidak berbuat demikian di masa hadapan tanpa sebarang kebenaran daripada pihak berkuasa berikutan ianya adalah salah di sisi undang-undang.

“Tiada tangkapan dilakukan kerana mereka (kumpulan kecil) ini hanya bertindak melakukan perarakan.

“Namun begitu, saya ingin menasihatkan mereka sekali lagi agar terus mematuhi undang-undang dan tidak sesuka hati membuat perarakan tanpa meminta kebenaran atau permit daripada pihak berkuasa bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan,” katanya.

Sumber : Borneo Post 


Reactions:

15 comments:

  1. Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa wujudnya penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta mendesak penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat sebagai tohmahan yang bersifatkan politik.

    ReplyDelete
  2. Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, tohmahan Anwar itu adalah tidak berasas dan tidak wajar kerana isu ini mempersoalkan kredibiliti SPR yang sebelum ini telah melakukan pelbagai langkah bagi membuktikan ketelusan dalam proses pemilihan.

    ReplyDelete
  3. "Satu bukti yang kukuh kita ada sekarang adalah dengan kehadiran pemerhati antarabangsa, bukankah itu menunjukkan ketelusan SPR? Apa lagi yang perlu dipersoalkan," katanya.

    ReplyDelete
  4. Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menjelaskan, banyak lagi penambahbaikkan dilakukan dari awal lagi sehingga penggunaan dakwat kekal.

    ReplyDelete
  5. "Kawasan yang dia menang tidak dijadikan isu, sebaliknya mengeluarkan rasa tidak puas hati apabila secara keseluruhannya keputusan keluar," katanya.

    ReplyDelete
  6. Sementara itu, rakan sefakulti, Prof Dr Samsudin Abd. Rahim berpendapat, Anwar dilihat terlalu yakin bahawa keputusan PRU kali ini memihak kepada Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  7. Katanya, keyakinan itu telah menyebabkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertindak drastik membuat tuduhan liar terhadap peranan SPR. "Kalau tidak dapat terima keputusan pusat, jangan terima keputusan negeri terutamanya negeri-negeri yang dimenangi seperti Selangor dan Kelantan.

    ReplyDelete
  8. Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Kriminologi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr P. Sundramoorthy menganggap rakyat Malaysia telah bergerak ke arah kematangan politik dan demokrasi yang progresif.

    ReplyDelete
  9. Jelasnya, bilangan terbesar pengundi keluar mengundi pada PRU-13 Ahad, dengan 84.84 peratus untuk kerusi Parlimen telah mencerminkan hal ehwal politik negara diambil berat berbanding pilihan raya sebelum ini.

    ReplyDelete
  10. "Rakyat mengamalkan proses demokrasi secara bertanggungjawab untuk melakukan perubahan melalui undi dan tidak secara demonstrasi atau perhimpunan. "Maka keputusan dibuat menerusi undi menunjukkan rakyat memilih saluran yang betul dalam proses demokrasi Negara," ujarnya.

    ReplyDelete
  11. Sundramoorthy juga memuji tindakan polis yang menjalankan tugas secara cekap, profesional dan berkecuali pada PRU-13 dengan menjamin tahap keselamatan kepada semua pihak dari mula tempoh berkempen sehingga hari pengundian pada Ahad lalu.

    ReplyDelete
  12. Keputusan rasmi PRU13 menyaksikan BN memperolehi 133 kerusi Parlimen dan berjaya merampas kembali Negeri Kedah.

    ReplyDelete
  13. Manakala 89 kerusi lagi dimenangi PR sekaligus mempertahankan tiga buah Negeri di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  14. apalah hasil dari perarakan itu?

    ReplyDelete
  15. Inilah pengaruh Anwar.sampai di Sabah pun sudah wujud kekecohan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...