Tuesday, July 16, 2013

ISA Dimansuh Pembangkang Semakin Berani Bertindak

Posted by Smookiekins On 7/16/2013 05:39:00 PM
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan atas desakan pihak-pihak terutamanya. Pembangkang yang melabelkan undang-undang tersebut sebagai zalim kerana melanggar hak asasi manusia dan ketinggalan zaman.

Undang-undang tersebut digubal untuk mencegah perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Terutamanya mencegah daripada jenayah. Keselamatan rakyat perlu dilindungi dan keamanan negara perlu diutamakan. Namun, pembangkang menuduh kerajaan menggunakan undang-undang tersebut hanya untuk kepentingan politik.

Pembangkang mengambil kesempatan dengan keutamaan kerajaan iaitu mengutamakan aspirasi rakyat. Justeru. kerajaan memansuhkan ISA demi mengakhiri zaman zalim yang dicanangkan oleh pembangkang. 

Pemansuhan undang-undang tersebut memberi peluang kepada pembangkang untuk lebih berani bertindak melalui perbuatan dan kata-kata hasutan. Pembangkang tidak perlu risau mengenai ISA kerana mereka tahu pihak berkuasa tidak berkuasa untuk bertindak.

Tindakan-tindakan berani pembangkang dengan mengadakan beberapa perhimpnan yang memberi kesan negatif kepada negara. Pembangkang ingin melihat negara menjadi huru-hara dan meletakkan semua kesalahan kepada kerajaan. 

Selepas pemansuahan ISA, perhimpunan demi perhimpunan dicetuskan oleh pembangkang untuk mencabar kesabaran kerajaan.  Beberapa individu yang merancang huru-hara dan perhimpunan dilepaskan begitu sahaja membuatkan semakin ramai yang mengharapkan ISA masih wujud untuk melindungi keselamatan mereka.

Namun, pihak yang mendesak ISA dimansuhkan menuntut pula Akta Hasutan 1948 dilenyapkan. Tuntutan ini menunjukkan pembangkang selama ini tidak pernah berpuas hati dengan usaha-ushaa kerajaan. Sebaliknya memberikan pelbagai alasan untuk Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

Kita berharap kerajaan akan mengubal akta baru yang dapat melindungi keselamatan rakyat. Utamakan dahulu ketenteraman awam dan keselamatan negara daripada melayan desakan mereka yang tidak bertanggungjawab yang hanya berlindung disebalik hak asasi manusia. 

Mereka yang membawa anasir-anasir jahat dan penjenayah saja yang bencikan undang-undang. Undang-undang tersebut digubal unutk mencegah bukan untuk sesuatu yang tidak baik. Sebaliknya, menjadi tidak baik jika undang-undang itu disalahgunakan.


~ Admin (Smookiekins)




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...