Friday, July 12, 2013

Pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan ke Sabah merupakan salah satu topik yang menjadi perhatian pembangkang untuk diberi janji kepada rakyat di Labuan. Anwar sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 juga menggunakan isu ini sebagai topik untuk meraih undi.

Setelah kerajaan mendapat mandat, sekali lagi isu ini dibangkitkan. Kerajaan tidak pernah berjanji untuk membina jambatan Labuan tetapi berjanji untuk mengkaji. Kerajaan hanya memberi jaminan untuk mengkaji sama ada jambatan tersebut memberi kebaikan kepada pembangunan Labuan, rakyat dan implikasi kos.

Kerajaan Persekutuan dalam proses meneliti kaedah terbaik bagi mewujudkan situasi menang-menang antara kerajaan Sabah dan Labuan dalam pembangunan pelabuhan bersepadu di Labuan.

Hal itu perlu diselesaikan secara menyeluruh kerana kajian menunjukkan pembangunan pelabuhan bersepadu di Labuan akan memdatangkan kesan kepada Pelabuhan Kota Kinabalu. Oleh itu, kerajaan masih lagi meneliti dan mengkaji kaedah yang sesuai untuk melaksanakan pelabuhan bersepadu tanpa menjejaskan aktiviti di pelabuhan yang lain.

Kerajaan menerima mandat daripada rakyat adalah kerajaan yang prihatin, apa yang dilaksanakan adalah yang terbaik untuk rakyat. 

Penduduk Labuan mempunyai populasi penduduk sekitar 80,000 - 100,000 orang. Penduduk Labuan pada ketika ini masuh menggunakan perkidmatan feri. Keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Labuan cuba ditangani dengan sebaik mungkin. 

Kerajaan telah memberi subsidi sebanyak 50% untuk penumpang dan kenderaan komersial untuk laluan kenderaan Menumbok-Labuan dan Labuan Menumbok yang berkuatkuasa bermula 1 Januari 2013. Pemberian subsidi ini bertujuan mengurrangkan kos harga barangan dan bahan binaan yang dibawa masuk ke Labuan.

Subsidi itu diberikan kepada semua jenis kenderaan komersil yang berdaftar dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Semua penumpang perkidmatan feri dan bot laju hanya perlu membayar separuh harga tambang daripada harga sebelum diskaun. 

Kerajaan Persekutuan akan membayar separuh lagi tambang pengangkutan tersebut dan pengusaha-pengusaha feri boleh menuntut di kaunter Terminal Feri Antarabangsa Labuan akan dibayar oleh kerajaan melalui anak syarikat Perbadanan Labuan iaitu LDAH (Labuan) Sdn Bhd.

Pemberian subsidi itu adalah lanjutan daripada bajet 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Destinasi-destinasi yang terlibat di dalam pemberian subsidi ini ialah Labuan, Menumbok, Kota Kinabalu, Sipitang, Limbang dan Lawas. 

Rancangan kerajaan dalam usaha menangani masalah yang wujud dengan memperbaiki sistem itu adalah seperti menambahkan kekerapan feri yang berulang-alik antara Labuan dan Menumbok, jumlah feri ditambah dan juga penggunaan feri moden.


~ Admin






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...