Tuesday, May 7, 2013

Musa Aman Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri

Posted by Smookiekins On 5/07/2013 03:17:00 PM


KOTA KINABALU, 6 Mei (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.

Angkat sumpah berkenaan juga menandakan ia penggal keempat Musa mengetuai kerajaan negeri sejak pelantikan pada 2003 mengikut sistem penggiliran.

Musa menjadi ketua menteri selepas mengetuai kemenangan BN pada pilihan raya umum 2004.

Selepas pilihan raya umum semalam, BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, BN Sabah kali ini kehilangan 12 kerusi DUN berbanding tiga pada PRU 2008.

Sementara PKR berjaya menembusi tujuh kawasan DUN iaitu Api-api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparuli, Klias dan Inanam.

DAP pula yang sebelum ini memiliki satu kerusi DUN, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas. Parti Reformasi Sabah (STAR) pula menang kerusi tunggal di Bingkor.

Musa mengekalkan kerusi DUN Sungai Sibuga dengan majoriti 11,569 undi.


Sumber teks : BERNAMA 
Gambar oleh : Patrick M. 
Reactions:

16 comments:

  1. Umno Sabah, di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah., kekal sebagai tonggak kepada Barisan Nasional (BN) setelah meraih kemenangan kukuh bagi parti gabungan itu yang akan menentukan masa depan Sabah untuk tempoh lima tahun lagi.

    ReplyDelete
  2. Diterajui Musa, yang juga Pengerusi BN negeri, BN Sabah yang dianggap sebagai 'simpanan tetap bagi BN", memenangi lebih daripada dua pertiga majoriti, dengan UMNO menyumbang 31 kerusi negeri pada pilihan raya umum ke-13,

    ReplyDelete
  3. BN Sabah kembali berkuasa selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta mengekalkan 22 daripada 25 kerusi parlimen bagi membantu membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah 133 kerusi.

    ReplyDelete
  4. Pada pilihan raya umum 2008, BN Sabah memenangi 59 daripada 60 kerusi negeri dan 24 daripada 25 kerusi Parlimen, terlepas kerusi DUN Sri Tanjung dan kerusi Parlimen Kota Kinabalu kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Pada pilihan raya umum pada Ahad, BN telah meletakkan calon di semua kerusi parlimen, dengan Star bertanding di 21 kerusi, PKR (19), Bebas (15), SAPP (8), DAP (4) PAS (dua) dan Kita (1).

    ReplyDelete
  6. STAR dan sekutu bebasnya yang mempunyai 49 calon bagi kerusi DUN, PKR 43, SAPP 41, PAS sembilan, DAP tujuh, Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP) tiga dan Kita satu.

    ReplyDelete
  7. DAP memenangi kesemua tiga kerusi yang dipertandingkan di kawasan Parlimen Kota Kinabalu manakala PKR memenangi kerusi negeri Api-Api.

    ReplyDelete
  8. Saya dan rakan-rakan saya terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakyat. Kami sedar ini bukan satu keistimewaan tetapi mandat yang diamanahkan kepada kita oleh rakyat.

    "Apa yang penting, kita terus bekerja dan saya percaya Sabah di bawah BN akan terus maju," katanya.

    ReplyDelete
  9. Korban pilihan raya BN terbesar ialah Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk V.K Liew serta Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Yee Moh Chai, yang tewas dalam perebutan kerusi parlimen Penampang dan kerusi DUN Sandakan serta Api-Api.

    Dompok terlepas kerusi Parlimen Penampang kepada pendatang baharu Darrel Leiking daripada PKR, yang mendapat 22,598 undi untuk menang dengan 10,216 undi majoriti, manakala Liew kalah kepada DAP di Sandakan.

    Kekalahan Presiden Upko agak mengejutkan kerana beliau dilihat sebagai pelindung kepentingan kaum Kadazan, Dusun dan Murut

    ReplyDelete
  10. PKR memenangi tujuh kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen, DAP memenangi empat kerusi DUN dan dua kerusi parlimen, manakala Star memenangi satu kerusi negeri di kawasan Bingkor.

    ReplyDelete

  11. SAPP kalah teruk setelah semua calonnya tewas dalam perebutan kerusi Parlimen dan DUN.

    ReplyDelete
  12. BN sebaliknya, mempunyai banyak sebab untuk berpuas hati kerana prestasi yang kukuh dari segi bilangan undi majoriti yang diterima di sekurang-kurangnya 32 kawasan DUN.

    ReplyDelete
  13. Musa memenangi kerusi DUN Sungai Sibuga dengan majoriti yang lebih besar (11,569 undi), manakala calon-calon BN di 12 kerusi Parlimen juga mencatatkan peningkatan ketara dalam undi majoriti.

    ReplyDelete
  14. Kawasan persekutuan termasuk Kudat, Kota Belud, Putatan, Papar, Kimanis, Sipitang, Beluran, Libaran, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Tawau.

    BN mencatatkan prestasi cemerlang di DUN Sulaman, Karambunai, Kawang, PantaiManis, Sindumin, Sekong, Kuamut, Sukau, Tungku, Kunak, Balung, Apas, Tanjong Batu dan Sebatik.

    ReplyDelete
  15. Nampaknya, Musa kini menjadi KM yang paling lama berkhidmat.Tahniah!

    ReplyDelete
  16. Tahniah!terus lakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat Sabah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...