Tuesday, June 26, 2012

Sekolah Henry Gurney Keningau melakar satu lagi sejarah apabila muncul juara Konvensyen Inovasi Dan Kreativiti (KIK) peringkat Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi baru-baru ini. Konvensyen dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Pengurusan dan kategori Teknikal di mana sebanyak 11 pasukan telah bertanding di peringkat akhir setelah meraih gelaran johan di peringkat zon masing-masing.

 Sekolah Henry Gurney Kenningau muncul juara Konvensyen Inovasi Dan Kreativiti (KIK) peringkat Jabatan Penjara Malaysia

Sekolah Henry Gurney Keningau yang menjuarai kategori teknikal membawa pulang piala pusingan, piala iringan serta wang tunai RM2,500. Sementara itu Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak menjuarai kategori pengurusan.

Menurut wakil dari Jabatan Penjara Keningau, Alik Makim, mereka berharap pada tahun hadapan, pasukan-pasukan KIK Jabatan Penjara Malaysia akan terus menjana idea-idea baru yang inovatif dan kreatif yang bukan hanya dapat memberikan manafaat terhadap jabatan tetapi juga lain-lain agensi di luar.
Konvensyen itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Farida Mohd Ali.

Farida dalam ucapannya, menyeru kepada semua pihak supaya menggunakan kumpulan KIK ini sebagai kumpulan pemikir dan penyelesai masalah di tempat kerja masing-masing. Katanya, jangan berpuashati dengan apa yang telah dicapai sebaliknya sentiasa berusaha untuk penambahbaikan demi kebaikan perkhidmatan awam secara keseluruhannya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Wira Hj Zulkifli Omar, berkata komitmen Jabatan Penjara Malaysia dalam aspek penubuhan pasukan-pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif tidak dapat dipertikaikan semenjak pekeliling kerajaan berhubung perkara ini dikeluarkan. Menurut beliau, hasil usaha gigih beberapa Pasukan KIK institusi penjara telah mula melakarkan nama dengan kejayaan mewakili negeri ke konvensyen KIK di peringkat kebangsaan.

“Malahan ada pasukan KIK Jabatan Penjara Malaysia telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah KIK peringkat sektor Awam,” jelas beliau.

Hadirsama dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), KPj Wan Abdul Rahman Abdullah; Pengarah Dasar Kepenjaraan, KPj Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif Mohamed Adahan; Pengarah Akademi Koreksional Malaysia Langkawi, PKK Mohd. Sabri bin Yaacob, wakil-wakil KDN, Pengarah-pengarah Bahagian IPPM serta pengarah-pengarah institusi.

Sumber: New Sabah Times

9 comments:

  1. tahniah.. pelajar2 sekolah ini mmg berkebolehan.

    ReplyDelete
  2. remaja2 yang bermasalah, jika diberikan didikan yang betul, mereka boleh menjadi insan yang berguna.. para ibubapa yang masih memandang serong dengan sekolah jenis ini, perlu melihat keberkesanan sekolah ini dalam membentuk disiplin, jati diri dan keperibadian penuntut2nya..

    ReplyDelete
  3. Pelajar sekolah ni sebenarnya tidak besar bezanya dengan pelajar di luar sana dan mampu mencipta kejayaan.

    ReplyDelete
  4. Tahniah!semoga pelajar yang ditempatkan di sekolah ni akan berubah juga tingkahlaku mereka kepada yang lebih baik suatu hari nanti. semangat untuk berubah tu sangat penting.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada sekolah tersebut. Walaupun dikatakan sekolah yang nakal tapi sebenarnya mereka ini ada juga kebolehan tersendiri.

    ReplyDelete
  6. Congratulations to the achievements from Henrey Gurney school.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Problem students have the potential of achieving greater things if they are given the opportunity, guidance and support.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...