Isu Dasar Kabotaj masih lagi mendapat perhatian ramai, terutamanya pihak pembangkang. Isu dasar kabotaj dibangkitkan oleh DAP. Dasar Kabotaj yang diperkenalkan 32 tahun lalu kononnya menjadi punca peningkatan harga barangan yang dibawa dari Semenanjung ke Sabah.
Dasar Kabotaj bukan menyebab utama kenaikan harga yang tinggi di Sabah. Beberapa faktor harus dinilai dalam menentukan harga barang yang masuk ke Sabah. Antara faktor yang perlu dinilai ialah kos pengangkutan kapal, logistik daratan dan kos pelabuhan. Semua kos yang itu menentukan harga sesuatu barangan.
Surcaj kelewatan operasi juga salah satu penyebab kenaikan kos pengangkutan. Kos pengangkutan antara faktor yang turut mempengaruhi harga barang.
Dasar Kabotaj juga diamalkan di China, Australia dan Amerika Syarikat. Namun, syarikat-syarikat perkapalan diberi alternatif lain iaitu menggunakan jalan darat.
Kerajaan bukan seperti pembangkang yang hanya tahu bercakap atau berjanji tetapi tiada tindakan. Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Logistik dan Kos Sara Hidup di Sabah, Sarawak dan Wilayah Labuan. Jawatankuasa itu bertujuan mengkaji dengan lebih lanjut faktor-faktor yang menyumbang kepada kos barangan yang tinggi di negeri-negeri berkenaan.
Pihak pembangkang mendesak untuk memansuhkan Dasar Kabotaj kerana kesannya kepada kos hidup di Sabah, Sarawak dan Wilayah Labuan. Namun, kerajaan masih lagi melaksanakan Dasar Kabotaj untuk mendorong pertumbuhan industri perkapalan tempatan.
Pada 2009 kerajaan telah meliberalisasikan Dasar Kabotaj bagi pengankutan kargo pindah kapal. Ini termasuk pelabuhan antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor dengan Pelabuhan Sepanggar di Sabah.
Kapal-kapal asing bebas mengangkut kontena transit dari kapal induk yang singgah di Semenanjung sebelum ke Sabah. Keputusan untuk mengimport atau mengeksport kontena dibuat atas pertimbangan perniagaan oleh syarikat perkapalan dan tiada kaitan dengan peraturan kerajaan.
Faktor peningkatan dalam persaingan akan mempengaruhi harga barangan sama ada tinggi atau rendah. Faktor tersebut menjadikan harga yang lebih kompetitif dan menguntungkan di negeri-negeri berkenaan. Kemungkinan akan dapat mengurangkan kos pengangkutan dan sekali gus dapat mengurangkan harga barangan di pasaran.
Rakyat Sabah yakin pihak kerajaan akan dapat menyelesaikan isu Dasar Kabotaj. Dasar kerajaan yang berlandaskan kepada keikhlasan agenda transformasi nasional dengan semangat 1Malaysia yang mendukung keadilan bagi semua rakyat Malaysia, termasuk rakyat yang berada di Sabah.
Rakyat Sabah yakin pihak kerajaan akan dapat menyelesaikan isu Dasar Kabotaj. Dasar kerajaan yang berlandaskan kepada keikhlasan agenda transformasi nasional dengan semangat 1Malaysia yang mendukung keadilan bagi semua rakyat Malaysia, termasuk rakyat yang berada di Sabah.
~Admin
apapun, dasar ini harus dikaji semula
ReplyDeletefaktor lain (harga barang lebih tinggi di sabah sarawak labuan) + dasar kaotaj = harga jadi LEBIH TINGGI
ReplyDeleteada faham????????????????????????