Tuesday, July 9, 2013

Kerajaan Komited Meningkatkan Kualiti Pendidikan Sabah

Posted by Smookiekins On 7/09/2013 05:04:00 PM
Pelbagai program dilaksanakan kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Sabah agar pembangunan pendidikan tidak ketinggalan dan sentiasa memenuhi keperluan semasa.

Kerajaan akan sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek pendidikan dan pembangunan modal insan dalam memacu pembangunan di Sabah. Modal insan yang cemerlang dan berkualiti memberi impak dalam memjayakan pelbagai dasar, agenda dan program yang kerajaan lancarkan.

Kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan untuk menjayakan transfomasi pendidikan di Sabah. Peruntukan tersebut akan disalurkan melalui kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan. Matlamat kerajaan adalah melahirkan modal insan yang cemerlang, berkemahiran, kreatif dan berdaya saing.

Usaha kerajaan dalam mewujudkan Hab Pendidikan Sabah yang terletak di Sandakan akan memberi manfaat yang berguna kepada melahirkan modal insan yang berkualiti. Usaha tersebut adalah untuk memberi peluang kepada beliawan dan beliawanis untuk mendapat  akses pelajaran dengan mudah. 

Hab Pendidikan Sabah yang telah mula beroperasi antaranya adalah Kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS), Politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan isntitusi-institusi pendidikan lain di Sabah.

Kewujudan Hab Pendidikan Sabah ini akan meringankan beban ibu bapa. Ibu bapa tidak perlu menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Semenanjung. Kerajaan menggalakkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka di institusi-institusi pendidikan yag ada di Sabah. Kerajaan juga memberi biasiswaYayasan Sabah kepada mereka yang layak. 

Usaha-usaha kerajaan membuktikan komitmen kerajaan Sabah dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkualiti dalam memacu pembangunan negeri.



~ Admin (Smookiekins)

 

1 comment:

  1. moga pendidikan di Sabah akan terus meningkat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...