Wednesday, July 10, 2013

Keselamatan Lahad Datu Masih Menjadi Keutamaan Kerajaan

Posted by Smookiekins On 7/10/2013 05:02:00 PM
Lahad Datu, selepas pencerobohan penganas Febuari lalu masih masih mendapat perhatian dan kawalan ketat daripada kerajaan dalam memastikan aspek keselamatan dilaksanakan dengan berkesan. 

Kerajaan masih mempertimbangkan aspek keselamatan dalam pembinaan lapangan terbang baru di Lahad Datu. Aspek keselematan menjadi agenda utama dalam mempertimbangkan pembinaan tersebut.

Inisiatif kerajaan dalam pembinaan lapangan kapal terbang adalah untuk mengantikan kemudahan yang sedia ada. Selain itu dapat meningkatkan ekonomi penduduk Lahad Datu dan kawasan-kawasan berhampiran.

Di samping aspek keselamatan, kerajaan juga mengambil kira faktor ekonomi dan sosial penduduk sebelum melaksanakan projek itu. Projek tersebut bertujuan merapatkan jurang sosio ekonomi antara bandar dan luar bandar. Ia juga merupakan alternatif terhadap penerbangan sewa khas yang mahal.

Pembangkang seperti yang dijangka hanya menggunakan isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai bahan meraih undi dan perhatian rakyat. Aspek-aspek lain hanya dipandang sepi oleh pembangkang. Sebaliknya, kerajaan sentiasa memastikan keselamatan penduduk Lahad Datu dan sekitar terjamin.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membina lima kem di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM). Lokasi kem tersebut sangat strategik dalam mengawal perairan pantai timur Sabah, terutamanya Lahad Datu.

Inisiatif dan usaha kerajaan hanya untuk kepentingan rakyat, terutamanya di Lahad Datu dan kawasan berhampiran. Segala kata-kata kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diterjemahkan melalui projek-projek yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun. 



~ Admin 




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...