Mandat rakyat tidak disia-siakan oleh kerajaan. Terbaru, kerajaan merancang membina terminal bas dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar di Sabah dalam tempoh lima tahun. Keprihatinan kerajaan ini adalah untuk keselesaan dan kesenangan rakyat yang menggunakan perkidmatan bas dan teksi.
Ketua Menteri Datuk Musa Aman berkata kerajaan juga akan melipatgandakan usaha bagi membangunkan infrastruktur dan kemudahan sokongan untuk pengangkutan awam bagi memberi keselesaan kepada rakyat keseluruhannya. - New Sabah Times
Ketua Menteri Datuk Musa Aman berkata kerajaan juga akan melipatgandakan usaha bagi membangunkan infrastruktur dan kemudahan sokongan untuk pengangkutan awam bagi memberi keselesaan kepada rakyat keseluruhannya. - New Sabah Times
Pembinaan terminal tersebut akan memudahkan orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak di sekitar Kota Kinabalu atau luar bandar. Disamping itu, terminal tersebut juga mengalakan pertumbuhan ekonomi setempat menerusi kemudahan perkidmatan pengangkutan yang lebih baik.
Komitmen kerajaan dalam menaik-tarafkan terminal bas di bandar dan pekan adalah untuk memastikan perkidmatan pengangkutan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pihak pembangkang telah menggunakan isu terminal ini sebagai salah satu topik untuk meraih perhatian rakyat.
SAPP dan DAP mengambil peluang untuk mempengaruhi rakyat dengan mengatakan kerajaan BN tidak prihatin dan tidak berusaha untuk memperbaiki infrastruktur terminal bas di Wawasan. Pelbagai tindak balas rakyat terhadap isu tersebut.
Namun disebalik langkah proaktif yang diambil kerajaan, pembangkang gagal memainkan peranannya untuk membetulkan persepsi rakyat selepas imej kerajaan tercalar ekoran sikap opportunist mereka yang lebih suka mendahulukan agenda politik berbanding memperjuangkan nasib rakyat.
Rancangan tersebut juga telah menghentikan persepsi buruk yang disebarkan oleh SAPP dan DAP kepada rakyat. Pembangkang terus menyepi dan tiada tindakan susulan mengenai permasalahan yang dibangkitkan mereka sendiri.
Sebaliknya, kerajaan sentiasa komited dalam merealisasikan pelbagai projek dan insiatif bagi menambah baik serta meningkatkan kecekapan pengangkutan awam yang sedia ada di Sabah.
Penyediaan sistem pengangkutan yang awam yang canggih dan cekap tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. Penyediaan tersebut memerlukan masa yang agak panjang. Bagaimanapun, kerajaan akan melipatgandakan usaha untuk merealisasikan rancangan tersebut.
~ Admin.
0 comments:
Post a Comment