Monday, January 21, 2013

Kerajaan negeri hargai pembabitan artis, penggiat seni - Musa

Posted by Smookiekins On 1/21/2013 05:06:00 PM

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri amat menghargai kerjasama dan penglibatan para artis serta penggiat seni tempatan bagi membangunkan negeri ini.

Beliau berkata penglibatan dan komitmen mereka amat penting kerana sentiasa menjadi contoh ikutan di kalangan generasi muda pada masa ini.

“Artis dan penggiat seni berpotensi berjaya dalam bidang masing-masing dan mereka adalah contoh terbaik kepada orang muda, mampu memberi galakan dan ikutan kepada generasi itu,” katanya ketika berucap pada majlis khas bersama penggiat seni dan artis Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, lebih 100 artis tempatan yang mewakili enam persatuan artis dan penggiat seni Sabah menyatakan tanda sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Persatuan artis berkenaan adalah Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS), Kelab Artis 1Malaysia (KA1M), Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA), Persatuan Usahawan Industri Muzik dan Perfileman Sabah (PERINTIS), Sabah Creative Industry Group Movement (SCGIM) dan Persatuan Industri Kreatif Filem dan Muzik.

Musa turut memuji daya usaha pihak artis khususnya di Sabah, yang menjadi sebahagian lapisan penggerak pembangunan negeri dalam bidang masing-masing.

Sambil berbangga dengan pelbagai kejayaan yang dicapai dalam pelbagai pertandingan di peringkat nasional seperti Akademi Fantasia dan Mentor, beliau menegaskan kerajaan akan terus memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada artis yang meletakkan seni persembahan pada taraf tinggi serta menempatkan kembali seni dan seniman di tempat sewajarnya.

“Kerajaan negeri tidak lupa pada jasa-jasa dan sumbangan para artis dahulu hingga masa kini. Mendiang seniman Sabah mendiang John Gaisah telah diberi penganugerahan darjah kebesaran dan kita akan pertimbangkan pingat untuk penghargaan dan ingatan pada artis,” katanya.

Pada majlis sarapan pagi secara santai itu, Musa turut menerima Direktori Artis Sabah yang menyenaraikan program dan aktiviti persatuan serta artis daripada Presiden PARAS Abu Bakar Ellah yang dilantik pengerusi Sekretariat Artis Sabah.

Sekretariat itu ditubuhkan sebagai badan penghubung antara artis dan kerajaan bagi membantu kepimpinan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Abu Bakar berkata mereka akan turut sama membantu melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan kemasyarakatan dengan mengumpul seberapa ramai anggota menyertai pelbagai program bersama pemimpin dan masyarakat.

“Kami akan merangka jawatankuasa bagi membentuk ruang dan cara untuk terlibat secara langsung membantu kerajaan dalam pilihan raya umum. Kita akan mencari ruang mendekati masyarakat secara lebih santai dan mudah diterima,” katanya.

Abu Bakar berkata pihaknya merancang untuk menambah keanggotaan badan itu kerana percaya kerajaan hari ini sentiasa prihatin dan menghargai peranan dan sumbangan penggiat seni tempatan.

Presiden SCGIM Rozza Rothman yang juga penyanyi tempatan berkata persatuan itu yang ditubuhkan pada 7 Januari lepas dengan menghimpunkan penggiat seni kreatif termasuk mereka yang bertugas di belakang tabir akan berpadu tenaga menyokong kepimpinan negara.

Sementara itu, Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah Mohd Joh Wid berkata peranan penggiat seni dan artis tempatan yang berada ‘di belakang tabir’ sememangnya dihargai kerana memainkan peranan penting membangunkan negara.

“Majlis seumpama ini dapat mewujudkan hubungan rapat antara penggiat seni dan ketua menteri, oleh sebab itu satu majlis besar-besaran mengumpulkan lebih ramai penglibatan mereka akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Pada majlis itu, Ebi Kornelis Af5 turut menyerahkan borang keahlian menyertai Umno kepada Musa dan berikar untuk menambah lagi barisan artis mengikut jejak langkahnya.


Sumber: New Sabah Times

Reactions:

3 comments:

  1. Golongan artis tempatan juga tidak kurang hebatnya berbanding arti luar negeri, dan mereka punyai keunikan tersendiri untuk diketengahkan.

    ReplyDelete
  2. Semoga mereka terus menyumbangkan bakat mereka kepada negara.

    ReplyDelete
  3. golongan artis harus kita hargai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...