Tuesday, January 22, 2013

Menarik mengenai kebaikan Vitamin C

Posted by Smookiekins On 1/22/2013 03:57:00 PM

Vitamin C telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya. Penjagaan kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilan vitamin C. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun.


Faedah Vitamin C :

  • Mencegah sawan
  • Sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun)
  • Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.
  • Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. 
  • Ia juga penting untuk mengekalkan system imun (pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.
  • Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. 
  • Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh.
  • Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.


Fakta yang kita perlu tahu mengenai Vitamin C:

  • Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
  • Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
  • Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif.
  • Selain itu juga sukar sembuh.
  • Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema). (Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut.Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut).

Vitamin C diperlukan untuk:

  • Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
  • Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
  • Mematikan radikal bebas merbahaya
  • Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain


Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.


Ditulis oleh Smookiekins (Admin)




3 comments:

  1. Ambillah lebih banyak menu buah-buahan dan sayur-sayuran.

    ReplyDelete
  2. Amalkan gaya hidup sihat. ambil makanan yang banyak mengandungi khasiat, bukannya makanan2 segera.

    ReplyDelete
  3. amalkan ambil makanan berkhasiat khususnya yang bervitamin C.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...