Friday, April 6, 2012

Pasaran Pisang Sabah Berkembang Pesat

Posted by Smookiekins On 4/06/2012 12:55:00 PM

Pisang Sabah yang sebelum ini yang kebiasaannya hanya dipasarkan secara domestik untuk kegunaan di negeri sahaja, kini mula menembusi pasaran di Semenanjung Malaysia.


Pisang Pasaran Sabah


Pisang Sabah atau juga dikenali sebagai Pisang Abu/Nipah/ Saba dan Kepok kini sudah mendapat permintaan di pasaran Semenanjung Malaysia kerana berlakunya kekurangan bekalan pisang terbabit yang tidak dapat memenuhi permintaan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin, berkata kekurangan bekalan pisang Sabah di Semenanjung akibat terdapat isu-isu di peringkat pengeluaran yang menyebabkan bekalan Pisang Sabah semakin berkurangan di Semenanjung.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Perjanjian Jual Beli Pisang Sabah antara peserta Ladang Kontrak dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Sabah di Kompleks Pemasaran Fama, di Taman Perindustrian Kota Kinabalu(KKIP) dekat sini, kelmarin.

Katanya, bagi merintis permintaan pasaran Pisang Sabah di pasaran Semenanjung Malaysia, beliau dimaklumkan terdapat dua hantaran percubaan Pisang Sabah telah dibuat oleh pihak Fama pada akhir tahun 2010 dan pada awal 2011.

“Pelbagai masalah diperolehi dan dipelajari oleh Fama Sabah daripada hantaran percubaan itu,” jelasnya.

Menurutnya, hasil daripada hantaran percubaan terbabit, bermula pada bulan Mac lalu, pihak Fama Sabah sudahpun mendapat permintaan untuk meneruskan penghantaran Pisang Sabah khususnya ke Johor dan negeri-negeri di Selatan Semenanjung Malaysia.

Oleh itu, katanya, adalah tepat pada masanya Negeri Sabah meneroka dan mengisi permintaan Pisang Sabah di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Yahya berkata, pada awal penerokaan pasaran Pisang Sabah yang dimulakan pada bulan Mac lalu, beliau dimaklumkan oleh Fama bahawa sebanyak tiga kontena Pisang Sabah telah berjaya dieksport ke Semenanjung Malaysia.

Setiap kontena katanya, mampu memuatkan sebanyak 1,100 tandan hingga 1,200 tandan Pisang Sabah dengan kuantiti keseluruhan yang berjaya dieksport pada bulan Mac tahun ini iaitu sebanyak 3,600 tandan atau sebanyak 55 tan metrik.

Anggaran kos belian yang terlibat pada awam penerokaan pasaran pisang ini untuk pasaran Semenanjung Malaysia ialah sebanyakRM22,000 dan proses perolehan Pisang Sabah itu telah memberi manfaat langsung kepada seramai 45 petani dari daerah Tenom, Kudat dan Kota Marudu.
Pada masa ini, katanya, keperluan permintaan yang telah diterima Fama ialah sebanyak 144 tan metrik sebulan atau sebanyak 10,000 tandan sebulan dengan anggaran penghantaran sebanyak 2,500 tandan seminggu melibatkan kos belian sebanyak RM60,000.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para petani di negeri ini harus merebut peluang ini supaya Sabah menjadi pembekal utama Pisang Sabah untuk pasaran di Semenanjung Malaysia. Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Fama Sabah, Ribin Haji Wahid.
Reactions:

16 comments:

  1. Satu peluang yang besar kepada para petani di Sabah. Manfaatkan peluang ini sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Graduan yang berminat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan bolehlah juga menceburkan diri.

      Delete
    2. Lebih baik ambil peluang ini sebaik mungkin. Mana tahu tahap tingkatkan semula pasaran pisang Sabah.

      Delete
    3. Mana tau, pada masa akan datang pisang akan jadi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi Negeri Sabah.

      Delete
    4. Betul tu gig. Jadi sebelum terlambat tidak slaah utk rebut peluang yang ada kan.

      Delete
  2. perkembangan industri pisang pasti menggalakkan lagi belia bergiat dalam penanaman pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, harap orang Sabah akan gunakan peluang yang ada sebaik mungkin.

      Delete
  3. Pasti akan lebih ramai yang akan bergiat dalam penanaman pisan selepas ini.

    ReplyDelete
  4. peluang yang harus diambil oleh belia Sabah.

    ReplyDelete
  5. Wah kalau Sabah jadi pembekal utama Pisang Sabah untuk pasaran di Semenanjung Malaysia, sennaglah hidup para petani nanti.

    ReplyDelete
  6. Jadi para petani gunakanlah kesempatang yang ada bagi merangsang perkembangan pasara pisang Sabah.

    ReplyDelete
  7. Teruskan usaha mempromosikan Pisang Sabah.

    ReplyDelete
  8. Bagus. Business pisang boleh menguntungkan.

    ReplyDelete
  9. mungkin selepas ini pasti lebih ramai pengusaha2 pisang di Sabah.. rakyat perlu didedahkan dengan pelbagai pengetahuan berkenaan dengan industri pisang ini terutamanya berkenaan dengan saluran untuk memasarkan hasil mereka dan juga penjagaan yang betul..

    ReplyDelete
  10. Good to know that Sabah banana's are so much in demand in West Malaysia. This is a good economic opportunity.

    ReplyDelete
  11. Hope that more local farmers will consider going into banana plantation to meet the demands.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...