Sebanyak 54 rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
diperuntukkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bongawan
membabitkan kos di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLBW) berjumlah RM2.7 juta.
Adun Bongawan, Datuk Karim
Bujang berkata, setakat Oktober sebanyak 43 unit atau 80 peratus rumah
PPRT telah berjaya dibina, manakala selebihnya iaitu 11 unit dijangka
siap sebelum penghujung tahun ini dengan kos pembinaan seunit rumah
RM50,000.
“Bantuan rumah PPRT adalah sejajar dengan wawasan
kerajaan untuk menyediakan rumah lebih selesa dengan kemudahan asas
serta prasarana bagi golongan kurang bernasib baik dan ini membuktikan
kerajaan sentiasa komited membela nasib rakyat,” ujar beliau yang juga
Pengerusi Lembaga Pelabuhan Sabah.
Sementara itu, Nulia Mojumin,
45, seorang penerima bantuan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) di Kampung Langkawit, di sini baru-baru ini berkata, beliau
sungguh terharu dan gembira kerana impiannya memiliki sebuah rumah
sendiri akhirnya tercapai.
“Tiada kata mampu menggambarkan
kegembiraan saya ini apabila impian memiliki rumah sendiri tercapai dan
bersyukur kerana diberi peluang meneruskan kehidupan bersama tiga
anaknya berusia 13 hingga 17 tahun di rumah baru hasil keprihatinan
kerajaan dan inisiatif wakil rakyat kawasan itu,” katanya.
Nulia,
seorang ibu tunggal selepas kematian suami lima tahun yang lalu berkata,
pemberian rumah itu merupakan pemberian yang paling bermakna dalam
hidup mereka dan sebagai penyuntik semangat untuk meneruskan kehidupan.
“Kematian
suami pada tahun 2008 menyebabkan saya dan anak-anak hilang tempat
bergantung dan terpaksa menumpang di rumah abang ipar yang terletak
tidak jauh dari sini, justeru pemberian rumah PPRT ini amat
menggembirakan kami sekeluarga.
“Malah, sambutan Krismas tahun ini
juga akan menjadi lebih bermakna kerana buat pertama kalinya perayaan
itu akan disambut di rumah sendiri dan semua ini hasil bantuan dan
komitmen kerajaan yang sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat,”
katanya.
Nulia yang hanya melakukan kerja kampung sebagai sumber
pendapatan keluarga menerima sekitar RM250 sebulan itu juga telah
mendapat perhatian kerajaan apabila beliau turut menerima bantuan
kebajikan berjumlah RM300 sebulan bagi meringankan sedikit beban
ditanggungnya.
“Walaupun pendapatan yang diterima setiap bulan
sekadar ‘cukup makan’, namun saya bersyukur kerana ia mampu menampung
kehidupan kami sekeluarga termasuk menanggung belanja persekolahan
anak-anak.
“Saya sangat berterima kasih dan penghargaan saya
berikan kepada Datuk Karim Bujang atas usahanya, saya mampu memiliki
rumah yang menjadi impian kami selama ini serta mendapat bantuan
daripada pihak kerajaan,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan
Kunci PPRT yang disampaikan Datuk Karim Bujang di Kampung Langkawit, di
sini.
Sumber: New Sabah Times
Perbanyakan rumah PPRT untuk rakyat
ReplyDeleteSemoga rakyat yang miskin dan sederhana dapat rumah PPRT
ReplyDeletePPRT membantu rakyat dalam memiliki rumah.
ReplyDelete