Friday, June 22, 2012

Pendidikan: Dua lagi sekolah menengah akan dibina di Sook

Posted by Smookiekins On 6/22/2012 10:51:00 AM

Dua lagi Sekolah Menengah Kebangsaan akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook dalam masa yang terdekat ini. Penolong Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia Zulfikar Husni Bin Shamsul Khalil berkata, sekolah menengah yang bakal wujud itu adalah SMK Dalit dan SMK Trusmadi. Katanya, pegwujudan kedua-dua sekolah itu kini dalam proses penyediaan tanah untuk tapak pembinaan bangunan sekolah yang telah lama diminta oleh penduduk di kawasan berkenaan.


Sook: 2 buah sekolah menengah akan dibina



“Bagi SMK Dalit tapak sudah tersedia dan hanya menungguh pengesahan dari Jabatan Tanah Dan Ukur di daerah ini,” katanya semasa meninjau tapak yang telah dicadangkan oleh penduduk di kawasan Dalit.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran tiada halangan untuk membangunkan sekolah menengah jika segala proses penyediaan tanah dan perkara-perkara yang berkaitan selasai. Walau bagaimanapun katanya, bagi pengwujudan SMK Trusmadi menghadapi masalah dari segi penyediaan tanah tapat pembinaan kerana tapak yang dicadangkan termasuk dalam kawasan yang diwartakan sebagai tanah perkampungan Kg. Mansiat.

Sehubungan dengan itu beliau meminta agar ahli jawatankuasa bertindak pengwujudan SMK Trusmadi mencari tapak yang baru. Sementara itu Pegawai Pelajaran Daerah Keningau Masly Wahip meminta agar pembelajaran dan pengajaran SMK Dalit dilaksanakan tahun hadapan sementara menunggu bangunannya siap. Katanya, pembelajaran dan pengajaran perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengatasi masalah keciciran pelajar ke sekolah menengah di kawasan ini.

“Sebagai Pegawai Pelajaran dan bekas Sekolah Pengetua di SMK Keningau dan SMK Sook, saya tahu ramai pelajar yang tercicir di kawasan ini kerana faktor tempat tinggal disebabkan asrama di sekolah-sekolah menengah di daerah ini tidak menampung bilangan pelajar,” jelasnya.

Masly memberitahu, kawasan Dalit mempunyai sepuluh sekolah rendah terdiri dari SK. Dalit. SK. Kahaba, SK.Inandung, SK. Malaing, SK. Bonor, SK. Memagun, SK, Binanun, SK. Kalampun dan SK. Pohon Batu. Katanya, jika operasi pembelajaran dan pengajaran SMK Dalit dilaksanakan ia akan dapat mengatasi masalah keciciran pelajar di kawasan ini.

Dalam masa yang sama Zulfikar Husni meminta agar pihak Pejabat Pelajaran Daerah mengemukakan kertas kerja cadangan dan permohonan kepada Kementerian untuk tindakan selanjutnya. Turut sama meninjau kedua-dua tapak cadangan pembinaan sekolah menengah itu, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sook Charles Ikang dan beberapa Pegawai-Pegawai Kanan Kemnterian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Sumber: New Sabah Times

8 comments:

  1. Tapak yang sesuai perlu dicari dan pastikan tidak menimbulkan pertikaian di masa akan datang. Rasanya asrama juga perlu didirikan bersama jika kedua2 buah sekolah tersebut akan dibina kelak.

    ReplyDelete
  2. bgs.. pembinaan dua sekolah baru ini bagi meningkatkan tahap pendidikan di Sook.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembinaan 2 buah sekolah menengah di Sook menunjukan kerajaan prihatin kepada keperluan pendidikan di kawasan luar bandar.

      Delete
  3. sejak Najib melawat daerah Keningau, semakin popular pula daerah ini dengan pelbagai limpahan peruntukkan pembangunan.. syabas kepada Pairin kerana berjaya menarik perhatian PM untuk datang melihat sendiri daerah keningau sekaligus menyelesaikan masalah2 di daerah itu..

    Keningau to become a tourist and integrated farming district

    ReplyDelete
  4. Hope that these two news schools in Sook- SMK Dalit and SMK Trusmadi will help improve the education system in that areas. I'm sure the people are all grateful for the Ministry of Education's decision to set up these two new schools.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Once they have found the right piece of land to build the schools, the project can begin.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Saya rasa cadangan pembinaan dua SMK ini satu cadangan yang baik. Tambahan kawasan tersebut yang jauh menyebabkan ada segelintir pelajar tercicir untuk mendapatkan pendidikan.

    ReplyDelete
  7. Pembinaan 2 buah lagi sekolah menengah di sook pasti dapat membantu pelajar2 di sook.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...