Sabah perlu mengeksploitasi sepenuhnya potensinya yang besar di dalam
sektor pertanian, khususnya di dalam perladangan beras, bagi memastikan
keselamatan makanan negeri itu, kata Penasihat Lembaga Pembangunan
Tanah Sabah (SLDB) Petrus Gimbad.
Katanya Sabah perlu melihat
secara serius mengenai cara-cara untuk mengurangkan pengimportan beras
kerana ia akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat, terutama sekali
jika kerajaan memotong subsidi makanan yang diberikan.
“Adalah
penting bagi Sabah untuk mempunyai keselamatan makanan dan ini hanya
boleh dicapai jika ia dapat menyara diri, terutama sekali di dalam
pengeluaran beras,” katanya.
Gimbad berkata demikian kepada Bernama selepas Perbahasan Meja Bulat Mengenai Transformasi Ekonomi Sabah di sini baru-baru ini.
Perbahasan
itu dianjurkan oleh International Investor dan Lembaga Pembangunan dan
Pelaburan Sabah. Katanya pemanasan global telah memberi kesan kepada
pengeluaran beras di sesetengah negara pengeluar beras, seperti Vietnam.
“Bolehkah
anda bayangkan apa akan berlaku jika mereka berhenti mengeksport beras?
Jika kita tiada keselamatan makanan, kita akan berhadapan masalah.
“Jika
subsidi kerajaan ditarik balik, rakyat miskin akan menjadi lebih miskin
kerana mereka perlu membeli makanan asas, dengan itu tiada sebab (untuk
tidak melakukan perladangan padi secara komersil),” katanya.
Gimbad,
yang juga ahli Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Sabah, berkata sektor
pertanian akan terus menjadi enjin penting pertumbuhan ekonomi Sabah.
Katanya industri getah juga mempunyai masa depan yang kompetitif.
“Sabah
perlu melaksanakan perladangan getah yang besar kerana getah asli
paling kompetitif berbanding dengan getah tiruan,” katanya.
Mengenai
SLDB, katanya adalah penting bagi para pelabur asing untuk mengambil
bahagian di dalam projek-projek pertanian seperti perladangan kelapa
sawit kerana kebanyakan tanah dimiliki oleh rakyat persendirian.
Sumber: New Sabah Times
Ada yang kata import beras dari Vietnam dikatakan tidak begitu selamat.
ReplyDeleteDiharap kerajaan dapat membantu dalam kawalan keselamatan makanan
ReplyDeleteDiharap kerajaan dapat membantu dalam kawalan keselamatan makanan
ReplyDeletekena pastikan semua bekalan makanan adalah selamat.
ReplyDelete