Wednesday, October 17, 2012

Peningkatan jumlah wanita dalam sektor korporat penting: Azizah

Posted by Smookiekins On 10/17/2012 09:12:00 AM

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berkata peningkatan jumlah wanita dalam sektor korporat dan bukan korporat penting bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus daripada golongan ini memegang jawatan tertinggi dalam sektor korporat menjelang 2016.

“Saya percaya kerjasama antara kerajaan, syarikat, usahawan, individu dan pelbagai golongan diperlukan dalam meningkatkan latihan, bimbingan dan pembangunan untuk ahli lembaga pengarah wanita yang berpotensi,” kata Azizah dalam ucapannya semasa merasmikan pelancaran Roadshow Mengenai Program Pengarah-Pengarah Wanita (On Women Director’s Programme) di sini, kelmarin.

Azizah berkata, para pelabur, syarikat-syarikat korporat, organisasi perkhidmatan profesional dan firma perlu memainkan peranan secara aktif dalam menyokong inisiatif ini.

Pengerusi syarikat harus menetapkan sasaran peratusan jumlah wanita di dalam syarikat mereka dari tahun 2012 hingga 2015, seperti yang dituntut oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Saham Kuala Lumpur, katanya.

Katanya, GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dan GLIC (Syarikat Berkaitan Pelaburan Kerajaan) juga harus mempunyai sasaran peratusan gender sebagai sebahagian daripada KPI dan melaporkan prestasi tersebut kepada Perdana Menteri setiap enam bulan sekali.

“Apabila mereka membuat laporan mengenai kewangan dan prestasi, mereka juga harus melaporkan pencapaian sasaran peratusan gender di syarikat mereka,” katanya.

Azizah juga menegaskan bahawa kerajaan negeri komited dalam memainkan peranan secara aktif untuk mencapai sasaran ini kerana ia secara tidak langsung meningkatkan ekonomi, bukan sahaja untuk Sabah tetapi Malaysia secara keseluruhannya.

“Kementerian saya melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah telah menubuhkan sebuah kumpulan wanita yang layak memegang jawatan tertinggi di syarikat sejak tahun 2009 lagi,” katanya.

Bermula dengan idea mereka sendiri, mereka berjaya melaksanakan program Women of Substance (WOS) sehingga berjaya menyertai Women of Substances Conference pada tahun yang sama.

“Siri Bengkel WOS juga telah diperkenalkan sebagai satu program untuk melatih kepimpinan dan menyerlahkan potensi wanita sebagai pemimpin dalam semua sektor,” katanya.

Sementara itu, Azizah berkata, walaupun seramai 68 peratus daripada pelajar universiti terdiri daripada pelajar perempuan, namun kajian daripada‘Gender Diversity Bencmark for Asia 2011’ menunjukkan 41.08 peratus daripada pekerja sektor korporat di peringkat pertengahan adalah wanita dan hanya 27.57 peratus wanita memegang jawatan tertinggi.

Ia berkemungkinan disebabkan terdapatnya golongan wanita yang sering terlepas peluang memegang jawatan atau tanggungjawab dalam membuat keputusan di syarikat dan mereka sering dikecualikan daripada aktiviti di luar pejabat seperti permainan golf dan acara sukan.

Menurutnya terdapatnya stereotaip menyatakan bahawa wanita harus menumpukan perhatiannya terhadap keluarga dan bagi sesetengah budaya masyarakat, lelaki dilihat lebih mempromosikan diri mereka sendiri berbanding wanita.

“Wanita cenderung untuk menunjukkan prestasi kerja yang baik dan menunggu untuk diiktiraf daripada mempromosikan diri mereka sendiri,” katanya.

Oleh itu dia berkata kepelbagaian gender dalam jawatan tertinggi mempunyai empat dimensi utama iaitu meningkatkan prestasi, mempunyai kemahiran berfikir, menjadi lebih responsif terhadap pasaran kerja dan mempunyai kemahiran pengurusan korporat yang lebih baik.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW), Tan Sri Dr Rafiah Salim dan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita (MPWS).


Sumber: New Sabah Times

8 comments:

  1. Good job! thank u Pn .Azizah kerana terus memperkasakan wanita

    ReplyDelete

  2. “Wanita cenderung untuk menunjukkan prestasi kerja
    yang baik dan menunggu untuk diiktiraf daripada
    mempromosikan diri mereka sendiri,”

    ReplyDelete
  3. kepelbagaian gender dalam jawatan tertinggi mempunyai empat dimensi utama iaitu meningkatkan prestasi, mempunyai kemahiran berfikir, menjadi lebih responsif terhadap pasaran kerja dan mempunyai kemahiran pengurusan korporat yang lebih baik.

    ReplyDelete
  4. wanita kini dah makin maju dalam sektor korporat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanita pun mampu bersaing sperti lelaki

      Delete
  5. Wanita semakin berdaya saing

    ReplyDelete
  6. Peranan wanita dalam menyumbangkan dan sebagai salah satu cabang daya penggerak kepada pembangunan negara termasuk daripada segi ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya memang tidak dapat dinafikan.

    ReplyDelete
  7. Peranan wanita kini tidak lagi hanya tertumpu kepada soal pengurusan keluarga, sebaliknya lebih meluas dalam pembangunan negeri di mana wanita kini mulai mendominasi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dan sedikit sebanyak meningkatkan taraf hidup dan ilmu pengetahuan wanita desa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...