Showing posts with label Tangungjawab Sosial Korporat (CSR). Show all posts
Showing posts with label Tangungjawab Sosial Korporat (CSR). Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Peningkatan jumlah wanita dalam sektor korporat penting: Azizah

Posted by Smookiekins On 10/17/2012 09:12:00 AM

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berkata peningkatan jumlah wanita dalam sektor korporat dan bukan korporat penting bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus daripada golongan ini memegang jawatan tertinggi dalam sektor korporat menjelang 2016.

“Saya percaya kerjasama antara kerajaan, syarikat, usahawan, individu dan pelbagai golongan diperlukan dalam meningkatkan latihan, bimbingan dan pembangunan untuk ahli lembaga pengarah wanita yang berpotensi,” kata Azizah dalam ucapannya semasa merasmikan pelancaran Roadshow Mengenai Program Pengarah-Pengarah Wanita (On Women Director’s Programme) di sini, kelmarin.

Azizah berkata, para pelabur, syarikat-syarikat korporat, organisasi perkhidmatan profesional dan firma perlu memainkan peranan secara aktif dalam menyokong inisiatif ini.

Pengerusi syarikat harus menetapkan sasaran peratusan jumlah wanita di dalam syarikat mereka dari tahun 2012 hingga 2015, seperti yang dituntut oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Saham Kuala Lumpur, katanya.

Thursday, October 4, 2012

MUSA: K’JAAN KOMITED TANGANI PENGANGGURAN

Posted by Smookiekins On 10/04/2012 01:12:00 PM

Terdapat lebih 32,000 pemohon kerja di Sabah, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berdasarkan statistik terkini daripada Jobs Malaysia.

Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan komited membantu golongan ini dengan melaksanakan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang melibatkan pihak swasta menerusi Tangungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Pelaksanaan program SL1M ini adalah bertepatan dengan masanya kerana sekurang-kurangnya ia berupaya mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Program Outreach SL1M Untuk Graduan dan Sesi Penerangan Berkenaan Insentif Potongan Cukai Berganda Kepada Syarikat Yang Menyertai Program SL1M Peringkat Negeri Sabah 2012, di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, kelmarin.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa menyambut baik usaha pelbagai pihak termasuk daripada jabatan dan agensi kerajaan, sektor korporat dan swasta dalam membantu mengurangkan pengangguran di kalangan graduan di Sabah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...