Wednesday, October 17, 2012

Tahap pencapaian IPT pengaruhi kemajuan Bandaraya

Posted by Smookiekins On 10/17/2012 09:00:00 AM

Tahap pencapaian sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mempengaruhi arus pemodenan atau kemajuan bagi sesuatu daerah atau kawasan.

Mayor Bandaraya, Datuk Abidin Madingkir berkata, pelbagai pengiktirafan yang telah dicapai oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) semenjak ia ditubuhkan 14 tahun yang lalu banyak menyumbang kepada bandaraya.

“Universiti turut berperanan memberi sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan modal insan selain daripada memartabatkan bidang ilmu demi kemajuan bandaraya dan negara pada masa hadapan.
“Pencapaian UMS dalam pelbagai bidang serta inovasi-inovasi yang telah dilakukan juga telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

“Malah, UMS juga merupakan antara universiti yang terbaik di dunia terutamanya dari segi penyelidikan yang telah mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

“Di mana, kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh UMS ini juga telah menaikkan imej Bandaraya Kota Kinabalu sebagai sebuah pusat gedung ilmu yang bertaraf dunia,” kata Mayor.

Mayor berkata demikian ketika menyampaikan ucapan beliau di Majlis Perarakan Berjubah Graduan UMS di Perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kelmarin yang disertai seramai lebih 300 orang di mana 67 daripadanya merupakan graduan yang akan menerima ijazah.

Menurut beliau, acara Perarakan Berjubah Graduan UMS yang diadakan setiap tahun bermula enam tahun yang lalu itu boleh dijadikan sebagai satu lagi produk pelancongan Bandaraya dan negeri Sabah.
“Keunikan perarakan oleh para graduan UMS yang juga digelar ‘Town & Gown (Bandar & Jubah)’ telah diadakan sejak enam tahun yang lalu ini menarik perhatian ramai.

“Ia juga dapat menyuntik rasa bangga di kalangan masyarakat Bandaraya dengan adanya universiti tersergam megah di Bandaraya mereka. Malah, ia juga adalah gambaran simbolik penerimaan masyarakat dan keserasian warga universiti dan komuniti.

“Rasa hormat-menghormati serta menonjolkan mercu pembangunan sektor akademik di Bandaraya kita.
“Dengan tema ‘Universiti Dan Komuniti: Keharmonian Demi Masa Depan’ pada tahun ini adalah sangat bertepatan dengan aspirasi Negara untuk melahirkan masyarakat yang berdaya maju,” ujar beliau lagi.

Mayor juga melahirkan rasa bangga dan teruja kerana beliau mempunyai peluang untuk mengurniakan kunci kepada 67 graduan UMS daripada pelbagai bidang kursus yang diceburi lambang simbol perkenan sebagai warga bandaraya.


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

11 comments:

  1. Tahap pencapaian sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mempengaruhi arus pemodenan atau kemajuan bagi sesuatu daerah atau kawasan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada semua pelajar UMS yg telah menerima ijazah!

    ReplyDelete
  3. kepada semua graduan, jadilah pewaris pembangun negeri sabah yg hebat, maka sabah akan mejadi hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. graduan merupakan modal insan yang akan menerajui negeri ni suatu hari nanti.

      Delete
  4. sejak UMS ditubuhkanm byk pembanguna di kawsan sekitarnya hingga wujud 1Borneo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 bajet 2013 akan memberikan lebih banyak pembangunan kepada Sabah.

      Delete
  5. Pendidikan sangat penting sekaarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelajar-pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh

      Delete
  6. Tahniah diucapkan kepada graduan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap graduan dapat membantu membangunkan Sabah

      Delete
  7. Inilah hasil kepimpinan KM kita. semoga negeri Sabah terus mempertingkatkan pembangunannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...