Ekspo Beli Barangan Malaysia akan diadakan pada 1 hingga 4 November ini di padang bandaran di sini.
Program
anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Sabah (KPDNKK) itu dijangka akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri
Pembangunan Luar Bandar merangkap Adun Liawan, Datuk Sairin Hj. Karno.
Pengerusi
penganjur Amat Mohd Yusuf berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan dan
memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan barangan buatan Malaysia
yang dipamer dan dijual pada Ekspo itu nanti.
Sementara itu katanya, ia juga memberi manfaat kepada para peniaga dan usahawan mempamerkan dan menjual barangan masing-masing.
Katanya, lebih kurang 100 lot gerai disediakan kepada peniaga dan usahawan untuk mempamerkan dan menjual barangan mereka.
“Inilah peluang peniaga memperagakan jualan dan memperkenalkan barangan hasil buatan Malaysia,” katanya.
Orang
ramai pula katanya, berpeluang membeli-bela di samping mencuba nasib
menjawab kuiz untuk mendapat cabutan bertuah selain itu boleh memilih
dan membeli barangan untuk keperluan keluarga.
“Apa yang paling
penting adalah semua lapisan masyarakat akan berpeluang melihat dan
memilih barangan buatan Malaysia di mana semua produk adalaah hasil
penduduk di negara ini,” katanya sempena mesyuarat persediaan pihak
penganjur di Bilik Mesyuarat Matulai Pejabat Urusetia Keningau,
baru-baru ini.
Dalam ekspo berkenaan orang ramai akan dihiburkan
oleh artis-artis terkenal tempatan antaranya, Abu Bakar Ellah @ Ampal,
Macam di KK Janrywine, Aivy Alexander, Asmin Mudin, Marlini, Daibon.
Jaini dan ramai artis yang bakal memeriahkan majlis sepanjang ekspo
berlangsung.
Amat berkata, orang ramai terutamanya yang tinggal di
sekitar pedalaman Keningau, Tenom, Nabawan, Tambunan, Kemabong dan Sook
adalah dijemput bagi memeriahkan ekspo berkenaan.
Sumber: New Sabah Times
Expo tu diadakan di keningau, pasti meriah.
ReplyDeleteKita lebih digalakan beli barangan buatan M'sia untuk menyokong industri tempatan
ReplyDeletebeli barang buatan Malaysia sebagai tanda sokongan kepada industri negara. tapi harap harga dan kualiti produk adalah terbaik. kalau lagi mahal dari barang import mesti rakyat lebih memilih brg import.
ReplyDeleteRamai2lah datang ke ekspo ini.
ReplyDeletekualiti barangan tempatan kena tinggi.
ReplyDelete