Seramai 95 peratus pelatih-pelatih daripada kursus perladangan dari ILHAM akan mendapat pekerjaan di bidang tersebut.
Ketua
Pegawai Eksekutif Institut Latihan Kemahiran Malaysia (ILHAM), Thonny
Chee Nyuk Kong, berkata pelatih-pelatih yang menjalani kursus itu di
ILHAM kebanyakkan akan terus diserap atau diterima untuk bekerja di
bidang itu.
Katanya, ILHAM yang merupakan sebuah institute yang
baru sahaja bertapak semenjak tahun 2008 itu sehingga kini telah melatih
seramai 150 orang pelatih dalam bidang perladangan.
“ILHAM
merupakan sebuah institut yang mengutamakan golongan muda yang tercicir
sama ada dari aspek kelayakan akademik mahupun kewangan.
“Malah,
idea penubuhan ILHAM ini saya dapati semasa saya sedang bercuti di
kampung saya di mana semasa saya berjalan-jalan di kampung dan melihat
keadaaan sekitar yang ramai dengan pemuda-pemudi yang mundar-mandir
tanpa hala tuju, masa itulah saya nekad untuk membuat sesuatu kepada
generasi muda.
“Saya berfikir untuk menyalurkan mereka dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan yang boleh memanfaatkan hidup
mereka serta memajukan diri,” ujarnya ketika berucap di Majlis Penutupan
Hari Kepenggunaan Lestari di Dewan Good Sheperd Menggatal kelmarin.
Katanya,
dia juga ingin memberi kesedaran kepada generasi muda pada hari ini
akan betapa pentingnya kepekaan mereka terhadap hal-hal kepenggunaan.
“Seandainya
mereka mempunyai pengetahuan tentang hak mereka sebagai pengguna,
mereka akan dapat menjalankan satu gaya hidup dengan satu langkah
positif ke arah melahirkan generasi yang bijak bukan saja daripada aspek
pelajaran, kemahiran tetapi juga hal-hal berkaitan kepenggunaan.
“Salah
satu objektinya juga adalah agar anak-anak muda kita tidak akan mudah
dimanipulasi atau dimonopoli oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.
“Dengan
program seumpama ini, saya yakin para pelatih akan mendapat ilmu baru
berkaitan hal kepenggunaan terutamanya hal berkaitan perbandingan harga
dan mengetahui barang-barang terkawal yang telah digariskan oleh pihak
kementerian,” tambahnya.
Turut hadir di majlis itu adalah Adun N13
Inanam, Datuk Johnny Goh Chin Lok, Penolong Ketua Seksyen Kepenggunaan,
Hj Awang Hamidun Pangiran Tahir dan juga wakil daripada Pasukan Polis
Diraja Malaysia (PDRM).
Sumber: New Sabah Times
kemahiran perlu ada untuk berjaya dalam berusahaan perladangan
ReplyDeletebidang perladangan byk potensi, ceburilah bidang ini.
Deletediharap latihan tu dapat membantu mereka yang menyertai
ReplyDeleteDengan adanya program2 seperti ni sepatutnya tiada lagi anak2 muda yang hanya kerja melepak. berfikirlah untuk masa depan.
ReplyDeleteDi pedalaman masih banyak anak muda yang tercicir dari pendidikan malah ada juga yang buta huruf.kerajaan juga wajar lakukan sesuatu untuk membantu mereka.
ReplyDelete