Monday, October 29, 2012

Ekspo Beli Barangan Malaysia 1 hingga 4 Nov ini

Posted by Smookiekins On 10/29/2012 01:03:00 PM

Ekspo Beli Barangan Malaysia akan diadakan pada 1 hingga 4 November ini di padang bandaran di sini.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sabah (KPDNKK) itu dijangka akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Adun Liawan, Datuk Sairin Hj. Karno.

Pengerusi penganjur Amat Mohd Yusuf berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan dan memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan barangan buatan Malaysia yang dipamer dan dijual pada Ekspo itu nanti.

Sementara itu katanya, ia juga memberi manfaat kepada para peniaga dan usahawan mempamerkan dan menjual barangan masing-masing.

Katanya, lebih kurang 100 lot gerai disediakan kepada peniaga dan usahawan untuk mempamerkan dan menjual barangan mereka.

“Inilah peluang peniaga memperagakan jualan dan memperkenalkan barangan hasil buatan Malaysia,” katanya.

Orang ramai pula katanya, berpeluang membeli-bela di samping mencuba nasib menjawab kuiz untuk mendapat cabutan bertuah selain itu boleh memilih dan membeli barangan untuk keperluan keluarga.

“Apa yang paling penting adalah semua lapisan masyarakat akan berpeluang melihat dan memilih barangan buatan Malaysia di mana semua produk adalaah hasil penduduk di negara ini,” katanya sempena mesyuarat persediaan pihak penganjur di Bilik Mesyuarat Matulai Pejabat Urusetia Keningau, baru-baru ini.

Dalam ekspo berkenaan orang ramai akan dihiburkan oleh artis-artis terkenal tempatan antaranya, Abu Bakar Ellah @ Ampal, Macam di KK Janrywine, Aivy Alexander, Asmin Mudin, Marlini, Daibon. Jaini dan ramai artis yang bakal memeriahkan majlis sepanjang ekspo berlangsung.


Amat berkata, orang ramai terutamanya yang tinggal di sekitar pedalaman Keningau, Tenom, Nabawan, Tambunan, Kemabong dan Sook adalah dijemput bagi memeriahkan ekspo berkenaan.


Sumber: New Sabah Times

5 comments:

  1. Expo tu diadakan di keningau, pasti meriah.

    ReplyDelete
  2. Kita lebih digalakan beli barangan buatan M'sia untuk menyokong industri tempatan

    ReplyDelete
  3. beli barang buatan Malaysia sebagai tanda sokongan kepada industri negara. tapi harap harga dan kualiti produk adalah terbaik. kalau lagi mahal dari barang import mesti rakyat lebih memilih brg import.

    ReplyDelete
  4. Ramai2lah datang ke ekspo ini.

    ReplyDelete
  5. kualiti barangan tempatan kena tinggi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...