
Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Peter Pang En Yin, berkata usaha ini penting berikutan potensinya mampu menjadi satu destinasi pelancongan paling popular dengan meningkatkan lagi segala kemudahan untuk beriadah.
“Saya berhasrat menaiktaraf persekitaran pantai ini seperti dari segi membaik-pulih lanskap agar kebersihannya sentiasa terjaga sekali menambahkan kecantikan sekeliling,” katanya ketika berucap sempena Pertandingan Perahu Naga sempena Festival Sandakan 2012 di Pantai Pasir Putih, kelmarin.
Sehubungan itu, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting berkata dia akan bekerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi membolehkan usaha dan perancangan ini tercapai kelak.
Mengenai pertandingan itu, beliau mengalu-alukan penganjurannya kerana program ini bukan sahaja dapat memupuk semangat muhibah di kalangan masyarakat setempat malahan ianya juga menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri pelancongan di daerah ini.
“Kita dapat menurunkan budaya mahu pun warisan turun-temurun kepada generasi muda melalui penganjuran program sebegini sekali gus memberikan kesempatan kepada semua lapisan masyarakat untuk saling berinteraksi di antara satu sama lain bersesuaian dengan Konsep 1Maaysia.
“Justeru, saya menyeru kepada para peserta agar menggunakan peluang ini bagi memperkukuhkan jalinan kemesraan di samping mempersembahkan kayuhan yang terbaik sepanjang pertandingan berlangsung,” tambahnya.
Pada kesempatan itu, Peter Pang merakamkan penghargaan kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pertandingan iaitu Datuk James Wong dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan, Kok Tsui Yee diatas kesungguhan dalam melaksanakan program tersebut.
Peter Pang optimis penganjuran pertandingan ini akan menambah kemeriahan Festival Sandakan yang se- dang berjalan.
Pertandingan itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran oleh Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Hajah Norlidah R.M Jasni sebagai tetamu kehormat sempena pertandingan itu.
Sumber: New Sabah Times
Ini adalah usaha dan cadangan yang dibuat oleh Datuk Musa untuk menjadi persisiran pantai di Negeri Sabah ini.
ReplyDeletePersisiran pantai diberikan tumpuan untuk menjadi tempat perlancongan di Negeri Sabah ini.
ReplyDeleteMaka mari kita sama-sama menjaganya sebaiknya. Jangan biarkan kawasan ini akan terus tercemar dan sebagainya. Kerana ini akan memberikan pandangan yang negatif dengan kekotoran yang terdapat di pantai kita.
ReplyDeletelakukan untuk meningkatkan pelancongan kita.
ReplyDeleteapa sahaja potensi negeri ini, jangan disia-siakan.. manfaatkan setiap daerah atau kawasan untuk menjana pendapatan negara..
ReplyDeleteindustri pelancongan sabah semakin berkembang setiap tahun meskipun masih banyak produk2 yang belum dibangunkan..
ReplyDelete