Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Peter Pang En Yin, berkata usaha ini penting berikutan potensinya mampu menjadi satu destinasi pelancongan paling popular dengan meningkatkan lagi segala kemudahan untuk beriadah.
“Saya berhasrat menaiktaraf persekitaran pantai ini seperti dari segi membaik-pulih lanskap agar kebersihannya sentiasa terjaga sekali menambahkan kecantikan sekeliling,” katanya ketika berucap sempena Pertandingan Perahu Naga sempena Festival Sandakan 2012 di Pantai Pasir Putih, kelmarin.
Sehubungan itu, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting berkata dia akan bekerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi membolehkan usaha dan perancangan ini tercapai kelak.





