Showing posts with label Sandakan. Show all posts
Showing posts with label Sandakan. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

Burung Walit menarik minat Jurutera Amerika

Posted by Smookiekins On 5/09/2013 03:17:00 PM



Burung walit yang terkenal dengan harganya yang lumayan serta 'mesra alam' telah menarik minat seorang jurutera Amerika yang bekerja di Singapura untuk menceburkan diri dalam perusahaan ini. 

Menurut Micheal Bjornstad seorang Pengurus Projek XYDEC berkata "Sesuatu yang telah menarik beliau untuk menceburkan diri dalam perusahaan ini adalah kerana burung walit tidak menggangu keadaan semulajadi malah membantu menyuburkan lagi industri hijau. Selain daripada itu, ekstrak sarang burung hijau boleh dipelbagaikan. Antaranya, menjadikan ia sebagai bahan kosmetik kerana zat-zat yang terdapat dalam sarangnya boleh digunakan untuk produk kecantikan". 

“Faktor ini menarik minat saya untuk menceburi perusahaan sarang burung walit walaupun tidak banyak yang saya tahu sehinggalah seorang rakan dari Singapura memaklumkan potensi industri itu … apatah lagi saya memang suka membuat pelaburan,” katanya kepada New Sabah Times semasa ditemui di Four Points by Sheraton Sandakan (8 May 2013).

Micheal juga mengongsikan bahawa beliau telah menghadiri satu seminar berkaitan dengan projek pertanian walit di Sandakan yang dikelolakan oleh Syarikat AMG baru-baru ini. Daripada seminar itu, beliau telah mendapat ilmu pengetahuan yang berguna berkaitan dengan burung walit atau nama lainnya adalah burung layang-layang dan antaranya cara-cara untuk mengendalikan rumah burung di Asia. 

Micheal yang asalnya dari Amerika Syarikat tetapi bekerja di Singapura memilih Sandakan untuk penerokaan saranb burung walit kerana faktor indsutri hijau Sandakan itu sendiri. 

Beliau sangat teruja dengan perusahaan ini "Ini adalah peluang yang sangat menarik yang bukan hanya membawa pulangan munasabah bahkan dari segi kehijauan bumi ianya masih menyuburkan semulajadi. Di samping itu, perusahaan sarang burung walit ini selain dimakan untuk kesihatan diri namun ia juga boleh dijadikan sebagai bahan asas iaitu menjadikannya produk kecantikan seperti krim muka untuk mencerahkan kulit dan sebagainya.Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihakAMG dan rakan niaga mereka di Sandakan iaitu Syarikat Gerak Borneo Sdn Bhd yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar mengenai perusahaan sarang burung walit" katanya. 



Bah~ Sabah ~ Bah 

Monday, September 24, 2012

Usaha naik taraf Pantai Pasir Putih dilakukan untuk tarik pelancong

Posted by Smookiekins On 9/24/2012 01:36:00 PM

Usaha untuk menaik taraf persekitaran Pantai Pasir Putih di Jalan Bokara dekat sini akan dilakukan bagi memastikan ia terus menjadi daya tarikan kepada para pelancong sebagai satu tempat rekreasi yang perlu dikunjungi.

Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Peter Pang En Yin, berkata usaha ini penting berikutan potensinya mampu menjadi satu destinasi pelancongan paling popular dengan meningkatkan lagi segala kemudahan untuk beriadah.

“Saya berhasrat menaiktaraf persekitaran pantai ini seperti dari segi membaik-pulih lanskap agar kebersihannya sentiasa terjaga sekali menambahkan kecantikan sekeliling,” katanya ketika berucap sempena Pertandingan Perahu Naga sempena Festival Sandakan 2012 di Pantai Pasir Putih, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting berkata dia akan bekerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi membolehkan usaha dan perancangan ini tercapai kelak.

Friday, July 13, 2012

Muzium Sarang Burung Walit di Sandakan

Posted by Smookiekins On 7/13/2012 09:37:00 AM
Persatuan Industri Sarang Burung Walet Sabah (SABA) dengan kerjasama AMG Enterprise Bhd, sebuah syarikat terkemuka yang terkenal di rantau Asia sedang merancang untuk mewujudkan sebuah Muzium Sarang Burung Walit di daerah ini. Pengasas AMG Enterprise, Woo Tiam Onn, berkata muzium ini akan memberi manfaat kepada masyarakat umum memandangkan ia dapat meningkatkan pengetahuan tentang industri burung walit yang kini berkembang dengan pesatnya.

 Industri Sarang Burung Walet Sabah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...