Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, kelmarin menasihatkan para pengusaha ladang khususnya di Sabah supaya menyediakan kemudahan selesa kepada pekerjanya dalam usaha menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang perladangan.
Menurut beliau, syarikat perladangan di negeri ini mempunyai kekosongan sebanyak 200,000 tetapi tidak semua diisi belia.
Beliau menegaskan, keadaan ini terjadi disebabkan kawasan ladang yang jauh dan tidak memiliki kemudahan sepatutnya untuk keselesaan pekerja.
“Kemudahan termasuk tempat tinggal perlu diberi keutamaan supaya golongan belia tertarik untuk mengisi kekosongan yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di pusat membeli-belah Harbour Mall Sandakan, di sini.
Hadir sama, pemimpin politik veteran merangkap Ketua Umno Bahagian Sandakan, Tan Sri Haji Ampong Puyon; Setiusaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Ahli Parlimen Libaran,Datuk Juslie Ajirol; Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah, Awang Kadin Tang dan Exco Pemuda Umno Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin.
Musa berkata, Sawit Kinabalu dan Yayasan Sabah adalah syarikat yang menyediakan peluang pekerjaan di sektor perladangan.
“Banyak kekosongan jawatan dalam sektor perladangan kurang mendapat perhatian golongan belia di negeri ini.
“Pengusaha ladang perlu bijak menyediakan kemudahan kepada pekerja supaya sektor perladangan ini juga mampu menjadi satu landasan terbaik untuk membuka peluang pekerjaan khususnya golongan belia negeri.
“Saya mengalu-alukan usaha dan inisiatif Pemuda BN yang menganjurkan karnival Job Fair pada kali ini dan sekali gus membantu golongan belia untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang ditawarkan syarikat-syarikat tempatan di seluruh negara,” katanya.
Sumber: New Sabah Times
Betul..Ini juga punca kenapa para belia tidak berminat dengan perladangan.
ReplyDeleteMaka sebaiknya sediakan tempat yang lebih selesa dan sesuai dengan jiwa belia untuk memastikan mereka ini tertarik dengan kerjaya tersebut.
ReplyDeleteKita perlu tahu yang mana kebanyakkan sekarang ini didalam perladangan dikuasai oleh warga asing. Ini kerana kurang minat para belia dalam bidang ini. HArap Kerajaan akan mencari jalan yang terbaik memastikan masalah ini dapat diselesaikan.
ReplyDeletepara majikan kena memberi perhatian kepada kebajikan pekerja. sediakan kemudahan selesa untuk pekerja.
ReplyDeleteselain kemudahan selesa, syarikat2 perladangan jaga perlu menawarkan gaji yang menarik setimpal dengan beban kerja mereka..
ReplyDeleteSyarikat perladangan juga disaran memainkan peranan seperti menyediakan kemudahan perumahan dan kemudahan asas lain yang sewajarnya kepada pekerja dan keluarganya bagi menarik minat dan menjadikan kerjaya di Sektor Perladangan Komoditi itu sebagai kerjaya sepanjang hayat.
ReplyDeleteSektor Komoditi terutama perladangan sawit sentiasa memerlukan ramai pekerja untuk pelbagai kategori khususnya penuai buah sawit yang mengalami kekurangan pekerja di estet sawit seluruh negara.
ReplyDelete