Tuesday, June 4, 2013

Kerajaan komited bantu penduduk luar bandar

Posted by Smookiekins On 6/04/2013 03:43:00 PM
Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ellron Alfred Angin mengingatkan penduduk di kawasan ini bahawa kerajaan sentiasa komited dalam membantu rakyat luar bandar meningkatkan taraf hidup rakyat.

Katanya, masih ada yang tidak percaya dan ada pula yang sudah lupa bahawa kerajaan yang diterajui oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dalam membantu rakyat luar bandar meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Kerajaan tidak pernah meminggirkan rakyat luar bandar khususnya penduduk di kawasan Sook kerana kita tahu bahawa penduduk di sini juga cukup komited kepada kerajaan selama ini,” katanya di Majlis Agihan Bibit Getah kelolaan Tataba Sook yang diadakan di sini baru-baru ini.

Ellron, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Kawasan Sook berkata, sifat hormat antara kerajaan dan rakyat di sini membolehkan kita menyalurkan bantuan dengan pelbagai skim bantuan melalui agensi terlibat dalam sektor pertanian dan perladangan.

Justeru itu, Ellron mengingatkan penduduk di sini supaya jangan mudah percaya kepada pelbagai fitnah yang tidak berasas daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mahu mengelirukan rakyat.

Malahan katanya, persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan perlu dikikis sama sekali dikalangan rakyat supaya hubungan baik antara kerajaan dan rakyat dapat diteruskan dan lebih banyak bantuan dapat disalurkan.

Pada majlis itu, seramai 50 orang penerima bibit getah yang terdiri daripada para petani dan pekebun kecil di sini telah menerima bantuan tersebut.

Dalam masa yang sama Ellron memberi ingatan kepada masyarakat KDM agar lebih terus bersaing dengan orang lain dalam bidang ekonomi untuk masa depan yg lebih baik.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook, Primus Takom dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.



Sumber: New Sabah Times

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...