Polis Marin di sini berjaya merampas 6,500 biji telor penyu dalam
beberapa operasi di perairan dekat sini baru-baru ini.
Penolong
Pegawai Pemerintah Polis Marin Sandakan, Insp Sri Vikneswaran
Renganathan berkata rampasan pertama dilakukan pada 30 Mei kira-kira jam
4 petang di kawasan persisiran pantai dekat Kampung Forest.
“Polis
marin ternampak pam bot dan juragannya telah melarikan diri ke arah
kawasan bakau setelah ternampak polis marin menghampirinya,” kata Sri
Vikneswaran .
Beliau berkata polis menarik pam bot itu dan 3,000 biji telur penyu di dalamlanya ke pangkalan marin untuk tindakan lanjut.
Dalam
kes kedua, kata Sri Vikneswaran polis marin yang sedang menjalankan
pengawasan dan pemantuan dekat Sungai Obar di Batu 7 pada 31 Mei
ternampak bot laju di muara sungai.
“Anggota-anggota kami menjumpai 12 karung mengandungi 3,500 biji telor penyu dan bot itu juga berjaya melarikan diri,” katanya.
Sri
Vikneswaran berkata polis marin percaya telur penyu itu telah diseludup
ke Sandakan dari negara jiran. “Adalah menjadi kesalahan menjual telur
penyu di bawah Enakmen Hidupan Liar 1997,” katanya.
Beliau meminta
masyarakat Sandakan untuk bekerjasama dengan polis marin dalam
membendung jenayah dan kegiatan penyeludupan ke Sandakan dengan
menyalurkan maklumat kepada polis marin melalui talian 089 221423 atau
089 221424 atau 089 221453.
Sumber: New Sabah Times
penyu adalah spesis terpelihara dan dilarang untuk mengambil atau menjual telur penyu.
ReplyDelete