Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman,
menjelaskan larangan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Nurul Izzah Anwar, ke negeri ini hanya untuk malam penutupan Pesta
Kaamatan.
Beliau berkata, ia dilakukan untuk tujuan keselamatan berdasarkan laporan keselamatan yang diterima.
Tiada larangan tetap
Katanya,
tiada larangan tetap ke atas Nurul Izzah atau mana-mana pemimpin
pembangkang lain datang ke Sabah selagi tidak menimbulkan ancaman
keselamatan.
(Penasihat DAP) Lim Kit Siang dibenarkan masuk ke Sabah kira-kira dua minggu lalu, katanya dalam kenyataannya di sini, semalam.
Nurul Izzah dilarang memasuki Sabah pada Khamis lalu.
Sumber: Berita Harian
0 comments:
Post a Comment