Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah terus komited bagi membantu golongan muda untuk mendapatkan peluang pekerjaan menerusi satu program “Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair 2012” di daerah ini.
Program kali kedua selepas kejayaannya di Kota Kinabalu pada tahun lepas itu adalah merupakan pendekatan baru Pemuda BN untuk memastikan golongan terbabit tidak akan tercicir daripada peluang yang ditawarkan pada hari ini.
Sehubungan dengan itu, Pengerusi Pemuda BN merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah, Haji Awang Kadin Tang, berkata pihaknya mensasarkan sekurang-kurang 5,000 pengunjung untuk mengunjungi karnival selama dua hari bermula 22 September diadakan di pusat membeli-belah Harbour Mall Sandakan.
“Karnival ini merupakan satu usaha baru kerajaan menerusi Pemuda BN Negeri untuk membantu golongan muda mendapat pekerjaan. Kita berharap supaya peluang ini digunakan sebaik-baiknya,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Pejabat Umno Sandakan, di sini, kelmarin.
Beliau berkata, karnival yang akan bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang itu dijangka disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dan turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia iaitu Khairy Jamaluddin.
Katanya, sebanyak 30 syarikat tempatan dari Semenanjung mengambil bahagian dalam karnival berkenaan dengan tawaran pekerjaan dalam pelbagai sektor dari peringkat sokongan sehingga profesional.
“Warga Sandakan khususnya golongan belia dan beliawanis akan dapat mengambil peluang mengunjungi karnival julung kalinya diadakan di Harbour Mall ini,” ujarnya.
Justeru, beliau turut menasihatkan mereka yang berminat mencari kerja menerusi karnival ini untuk membawa sijil akademik dan resume masing-masing serta berpakaian kemas.
Tambahnya, adalah dijangkakan juga terdapat syarikat yang akan mengadakan sesi temuduga terbuka pada karnival berkenaan.
Sumber: New Sabah Times
Baguslah kalau ada usaha sedemikian. Ini akan dapat memudahkan gologan untuk mencari perkerjaan yang ada.
ReplyDeleteJadi jangan lepaskan peluang yang ada dengan karnival perkerjaan yang dianjurkan oleh pemuda BN ini.
ReplyDeletemoga ramai akan dpt pekerjaan.
ReplyDeletekerajaan juga mengambil berat dengan isu pengangguran di negeri ini.. sebab itu pelbagai program dianjurkan untuk membantu belia2 sabah yang masih menganggur..
ReplyDeletesaya harap kes pengangguran di negeri ini akan terus berkurangan setiap tahun.. belia2 muda juga diharap tidak terlalu memilih pekerjaan..
ReplyDelete