Monday, May 27, 2013

Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh

Posted by Smookiekins On 5/27/2013 10:01:00 AM
Beberapa pemimpin masyarakat di bandar ini kelmarin membidas cadangan yang dibuat pembangkang supaya Dewan Negara dimansuhkan.

Bercakap kepada New Sabah Times semasa ditemui seorang pesara kerajaan yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Lumantik Beluran iaitu Mohd Jupuri menegaskan cadangan pemimpin tertinggi pembangkang itu dilihat tidak fleksibel memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berperlembagaan sejak merdeka lagi.

Katanya, tiada sebab untuk memindah Perlembagaan Persekutuan kerana selama ini pun negara berada dalam suasana aman manakala kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membelakangkan mana-mana kaum termasuk pihak pembangkang.

“Saya tidak nampak apa kebaikannya untuk mencadangkan supaya Dewan Negara dimansuh kerana kalau kita teliti ia mungkin boleh membawa masalah.

“Oleh yang demikian, cadangan sebegini haruslah dipantau segera agar tidak merebak kerana kesannya tidak baik kepada masa depan negara berperlembagaan seperti Malaysia ini,” jelasnya.

Mohd yang juga bekas Guru Besar di SK Ladang Sabal Palm menegaskan keburukan seandainya Dewan Negara dimansuh adalah sukar menyuarakan suara rakyat yang selama ini diperjuangkan di dalam dewan.

Apatah lagi, katanya, kerajaan BN yang sentiasa bersikap terbuka dengan pandangan-pandangan yang dibangkitkan bukan sahaja kalangan wakil rakyat BN malahan dari parti pembangkang.

“Saya menyifatkan cadangan sebegini mengada-ngada macam sudah ketandusan idea,” ujarnya berseloroh sambil menyuarakan rasa kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang terbabit.

Sementara itu, mantan Ketua Bahagian PBS Sekong, Datu Salleh Datu Haji Tambuyung pula berkata beliau bukan sahaja tidak setuju dengan cadangan sedemikian malah menyifatkannya sudah keterlaluan.

Ini katanya, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai perlembagaan asal yang berjaya menyatupadukan semua kaum masakan pula perlembagaannya boleh dipindah begitu saja.

“Kita kesal dengan cadangan itu … justeru, saya menasihatkan rakyat di negara ini supaya bersatu padu dan menolak sekeras-keras cadangan yang tidak baik untuk masa depan negara tercinta Malaysia,” tegas beliau.


Sumber: New Sabah Times

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...