Showing posts with label E-kasih. Show all posts
Showing posts with label E-kasih. Show all posts

Friday, October 5, 2012

KBSS yakin capai sasaran keluarkan 1,300 miskin tegar melalui 1Azam

Posted by Smookiekins On 10/05/2012 01:20:00 PM

Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), yakin dapat mencapai sasaran untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 1,300 rakyat miskin tegar di seluruh negeri sehingga hujung tahun ini melalui pelbagai Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam).

Pembantu Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, setakat ini kementerian itu berjaya melatih lebih 800 orang seluruh Sabah dalam pelbagai program termasuk program Seni Jahitan Kreatif, Pembuatan Kek, Masakan dan refleksologi.

“Pada hari ini seramai 20 orang belia berjaya menyertai dan menamatkan Kursus Seni Kreatif Jahitan di bawah Program 1Azam anjuran kerajaan negeri yang dikendalikan oleh Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK).

“Mereka turut diberikan peralatan menjahit bagi membantu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, sama ada dengan mengambil upah menjahit di rumah atau membuka gerai dan kedai jahit di kampung masing-masing,” katanya.

Thursday, October 4, 2012

GTP banyak berikan kebaikan golongan sasaran

Posted by Smookiekins On 10/04/2012 01:03:00 PM

Program Transformasi Negara (GTP) di bawah Program e-Kasih banyak memberikan kebaikan kepada golongan sasar sesuai dengan tema janji terus ditepati.

Kursus Latihan Kemahiran Program 1Azam, Kursus Fotografi Digital dan Pasca Produksi anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang telah berlangsung 10 di kawasan Lintas baru-baru ini umpamanya banyak memberikan faedah kepada golongan belia.

Pegawai Pengurusan Bahagian Pantai Barat Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Anthonius Tompisal berkata, Program 1Azam itu bukan sahaja meliputi satu kursus khusus sahaja, malah ia mempunyai beberapa kursus lain.

Katanya, keprihatinan kerajaan bukan sahaja menyeluruh dalam menyalurkan bantuan kebajikan kepada rakyat malah turut menumpukan aspek kemahiran dalam membangunkan tahap pengetahuan dan juga memberikan para peserta asas untuk memulakan sesuatu usaha mereka seandainya mereka ingin membuka perniagaan sendiri kelak.

Wednesday, August 22, 2012

Sabah target to wipe out poverty

Posted by Smookiekins On 8/22/2012 10:20:00 AM
Sabah is on target to wipe out poverty. A "focus group" had been set up to monitor projects to ensure that the government's to wipe out poverty  were carried out efficiently. 

 State Poverty Eradication Steering Commitee meeting

Tuesday, December 20, 2011

12,500 Ketua Isi Rumah sertai Program 1Azam

Posted by Smookiekins On 12/20/2011 09:39:00 AM

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Bobbey Suan berkata kementeriannya telah diberi mandat oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk mengawal pelaksanaan projek-projek di bawah program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) di Sabah. Beliau merasmikan Majlis Penutupan Kursus Kemahiran Seni Kreatif Jahitan Program 1Azam Peringkat Daerah keningau yang diadakan di Arena Dewan Belia.

Tuesday, November 22, 2011

Guna bantuan diberi kerajaan untuk pendidikan anak sebaik mungkin

Posted by Smookiekins On 11/22/2011 02:01:00 PM
  

  Pembantu Menteri Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Datuk Haji Ghulam berkata, pemberian bantuan persekolahan RM100 setiap pelajar peringkat sekolah rendah dari tahun 1 - 5 manakala bagi peringkat sekolah menengah dari tingkatan 1 - 5, yang akan bermula pada tahun 2012, yang akan memberi manfaat kepada 5.3 juta pelajar, yang melibatkan peruntukan RM520 juta.

  Beliau berharap kepada semua ibu bapa yang anak-anak mereka menerima sumbangan KWAMP dan e-kasih, dapat menggunakan wang diperolehi untuk memenuhi keperluan di peringkat lebih tinggi, kerajaan memberi dalam bentuk baucer buku bernilai RM200 kepada setiap pelajar di IPTA, IPTS tempatan, matrikulasi dan pelajar tingkatan 6. Bantuan tu member manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar melibatkan peruntukan berjumlah RM260 juta. 



  Beliau juga berharap para ibu bapa dan guru terus meningkatkan komunikasi dan kerjasama dalam usaha memajukan pendidikan negara, bersama-sama mengemblingkan  tenaga, bermuafakat dan bersatu usaha demi mencapai matlamat yang sama. 


Sumber: New Sabah Times
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...