Thursday, November 29, 2012

Sabah bertuah dipimpin oleh Musa

Posted by Smookiekins On 11/29/2012 01:33:00 PM

Sabah bertuah kerana dipimpin oleh Datuk Seri Musa Hj. Aman yang bijak mengurus kewangan negeri, kata wakil Pemuda Umno Sabah, Bahrul Razha Hj. Chuprat.

Beliau berkata, Ketua Menteri Sabah juga seorang yang bervisi jauh dan selalu mendidik anggota Umno supaya ikhlas dalam perjuangan.

Katanya, kepimpinan Ketua Menteri dapat dilihat melalui kestabilan ekonomi di negeri itu, antaranya harga hartanah sentiasa meningkat dan Bajet Negeri 2013 yang terbaik dengan peruntukan RM4.088 bilion.

“Selain itu, dengan pengurusan kewangan yang baik, pendapatan kerajaan konsisten RM3.8 bilion setiap tahun (2009-2012), rizab wang RM3 billion, Laporan Perbendaharaan Negara (AG): Sabah pengurusan kewangan terbaik dan berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama 12 tahun berturut-turut.

“Pengurusan kewangan yang cemerlang juga berjaya menarik ramai pelabur datang ke Sabah. Setakat Jun 2012, 24 syarikat diluluskan untuk melabur di Sabah dengan nilai pelaburan RM4.86 bilion yang pastinya akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Agong Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, di sini, kelmarin.

Bahrul berkata, Pemuda Sabah akan terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mampu mentransformasikan negara, politik Umno/ Barisan Nasional (BN) dan landskap politik negara.

Oleh itu beliau menyeru Pemuda Sabah supaya bekerja habis-habisan untuk memastikan kememangan besar BN, pada pilihan raya akan datang seterusnya mengekalkan kepimpinan negeri dan negara sedia ada.

“Jentera pilihan raya terutamanya Pemuda Umno Sabah kini telah bersiap sedia untuk berperang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),” katanya.

Beliau yakin, Sabah akan kekal simpanan tetap BN berdasarkan kepimpinan Ketua Menteri yang kukuh dan sokongan padu semua parti komponen BN di negeri itu.

Bahrul berkata, pembangkang hanya tahu menabur janji kepada rakyat tetapi tidak dapat menunaikannya.
“Ramai pemimpin pembangkang yang hanya sekarang kerap kali datang ke Sabah untuk berkempen berjanji bulan dan bintang, semata-mata mahu meraih simpati daripada rakyat.

“Klon pembangkang yang baru pula, dulu dalam kerajaan tidak komplen sekarang luar kerajaan baru kuat komplen ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri.

“Tetapi saya yakin rakyat kini lebih bijak menilai prestasi kerajaan BN dan menolak pembangkang,” katanya.


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

21 comments:

  1. Dengan kepimpinan Datuk Musa Aman di Sabah akan memberi banyak manfaat kepada Sabah dan rakyatnya.

    ReplyDelete
  2. Semoga kemajuan dan pembangunan di Sabah sentiasa berterusan

    ReplyDelete
  3. Pencapaian yang memang layak untuk seorang KM seperti MA.

    ReplyDelete
  4. Semoga rakyat membuat pilihan yang tepat untuk calon pemimpin mereka PRU nanti.

    ReplyDelete
  5. Kepimpinan di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang dinamik merupakan antara rahsia kejayaan Sabah mendapat pengiktirafan cemerlang iaitu Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut sejak tahun 2000 menerusi Laporan Audit Negara.

    ReplyDelete
  6. Datuk Seri Musa Aman yang juga selaku Menteri Kewangan yang buat sekian kalinya telah berjaya membimbing dan mengemudi negeri ini ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

    ReplyDelete
  7. Prestasi Kewangan Negeri Sabah Kekal Cemerlang

    berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

    Selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan, sumber dan perbelanjaan kewangan negeri Sabah sentiasa diurus secara berhemat, berkesan dan efisien. Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan.

    Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Dengan kecemerlangan ini, bagi tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) yang menjadikan penganugerahan ini mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete
    2. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Bilangan Jabatan dan Agensi yang mencapai penarafan empat bintang di bawah Indeks Akauntabiliti telah meningkat dua kali ganda untuk penilaian tahun 2011. Ini menunjukkan lebih banyak jabatan/agensi yang telah mengamalkan sistem pengurusan kewangan yang baik dan teratur.

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete
    3. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Khazanah itu termasuklah bahan mineral, biodiversiti tanah pertanian dan warisan budaya yang merupakan asas atau tulang belakang terhadap pertumbuhan ekonomi negeri ini.

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete
    4. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Dengan mengambilkira kekayaan berkenaan serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut.

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete
    5. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete
    6. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Dengan galakan, pengiktirafan dan rekod pencapaian yang cemerlang seperti dinyatakan tadi, kerajaan pimpinan Datuk Musa Aman akan terus berusaha untuk memacu ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi untuk manfaat semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, umur, gender, status, kedudukan, sektor dan kawasan.

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete
  8. Ekonomi Negeri Sabah Kekal Stabil

    berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

    Untuk tempoh lima bulan pertama pada tahun ini, eksport negeri terus berkembang pada kadar 7.2 peratus dengan nilai mencecah RM20.7 bilion, manakala import pula telah meningkat pada kadar 30 peratus dengan jumlah mencecah RM16 bilion. Import bagi jentera serta kelengkapan pengangkutan dan barang-barang keluaran kilang, masing-masing telah berkembang sebanyak 45 peratus dan 65 peratus.

    Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Pertumbuhan tinggi tersebut mencerminkan pelaburan besar oleh sektor swasta iaitu sebanyak RM10 bilion pada suku tahun pertama tahun ini yang mana ianya juga merupakan pelaburan swasta yang tertinggi di Malaysia.

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete
    2. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Jumlah pelaburan yang diluluskan di bawah sektor pembuatan untuk tujuh bulan pertama pada tahun ini ialah sebanyak RM5.7 bilion. Sebahagian besar daripada jumlah pelaburan ini disumbangkan oleh Petronas melalui projek Ammonia Dan Urea Sabah (SAMUR).

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete
    3. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Pelaburan dalam Koridor Pembangunan Sabah juga semakin aktif dengan jumlah pelaburan terkumpul direalisasikan (cummulative realized investment) melalui Projek-projek Permulaan (Entry-Point Projects) setakat bulan Julai 2012 sebanyak RM9.43 bilion.

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete
    4. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Berdasarkan unjuran, senario ekonomi negeri pada masa hadapan adalah cerah dan mempunyai prospek yang baik di mana beberapa projek swasta berimpak tinggi yang dibiayai melalui kerjasama awam dan swasta dijangka akan memainkan peranan dan menjadi pemangkin dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete
    5. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Pada masa ini, terdapat pelbagai projek berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan yang merangkumi beberapa sektor termasuklah sektor minyak, gas dan tenaga, pelancongan, pertanian dan pembangunan hartanah bersepadu berkos tinggi (high end integrated real estate development).

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete
    6. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Pada masa yang sama, dengan pelaksanaan pelbagai program seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan mengambil kira pelbagai inisiatif seperti yang telah diumumkan dalam Bajet Nasional 2013, pertumbuhan ekonomi Negeri dijangka akan dapat ditingkatkan lagi.

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete
    7. berdasarkan prestasi kerajaan negeri selama 9 tahun, Sabah memang bertuah dipimpin oleh Musa

      Walaupun pertumbuhan sektor luaran diramalkan akan tumbuh sederhana di sebalik cabaran-cabaran ekonomi global, ekonomi negeri Sabah dijangka akan kekal stabil disebabkan oleh sokongan daripada pelaburan awam dan swasta serta penggunaan domestik yang kukuh. Oleh yang demikian, ekonomi negeri diunjurkan berkembang di antara 5 hingga 6 peratus pada tahun 2013.

      Rakyat Sabah perlu terus menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman untuk kebaikan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...