Tuesday, July 24, 2012

Isu tuntutan tanah, Kerajaan bersetuju beri peruntukan

Posted by Smookiekins On 7/24/2012 08:37:00 AM
Kerajaan persekutuan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 2011 bersetuju memberi peruntukan kewangan kepada Hak Adat Anak Negeri di Sabah sebanyak RM25,703,600 bagi membantu dan menyokong usaha-usaha Kerajaan negeri Sabah menangani isu tuntutan tanah.

 Kerajaan setuju peruntuk RM25 juta tangani isu tuntutan tanah


Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup berkata, jumlah yang diperuntukkan ini melibatkan kos pengukuran geran komunal yang berjumlah RM21,970,000 dan RM2,830,000 diperlukan untuk penubuhan Unit Khas Anak Negeri.

Katanya, bakinya RM903,600 pula adalah peruntukan penubuhan pangkalan data pemilikan hartanah Native Title (NT). Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, peruntukan pertama berjumlah RM5.72 juta telah disalur kepada Jabatan Tanah dan Ukur pada 14 November 2011 dan telah disimpan di akaun amanah kerajaan negeri.

“Peruntukan tersebut adalah untuk membiayai kos projek seperti pengukuran geran komunal (RM4,520,000), penubuhan Unit Khas Tanah Anak Negeri (RM1,200,000) dan perolehan (3 Toyota Fortuna dan 10 Toyota Hilux) untuk kegunaan Unit Khas Tanah Anak Negeri” katanya kepada media dalam satu sidang media di Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan di sini.

Sehubungan dengan itu kata Kurup, seramai 19 juruukur berlesen yang berdaftar dengan Lembaga Juruukur Sabah telah dilantik untuk melaksanakan pengukuran 37 geran komunal membabitkan 16 geran komunal do kawasan Sook Plain dan 21 geran komunal di kawasan Mandalom dengan keluasan 10,479 hektar.

“Ia membabitkan sebanyak 45 kampung dengan 4,562 orang peserta di mana Majlis Penyerahan Arahan Ukur Berdaftar (Register Survey Paper) telah diadakan pada 23 Februari 2012 di Hotel Perkasa Keningau” jelasnya.

Tambahnya, Juruukur-juruukur berlesen telah memulakan pengukuran lapangan setelah menerima Arahan Ukur Berdaftar (RSP) dalam tempoh tiga bulan. Beliau berkata, semua kerja-kerja pengukuran geran komunal dijangka dapat diselasaikan selewat-lewatnya hujung bulan ini dan pelan-pelan ukur geran komunal dijangka dapat diluluskan pada bulan Ogos depan sementara geran komunal dijangka dapat disediakan pada bulan September depan.

Bagi 16 geran komunal di kawasan Sook Plain, kampung yang terlibat terdiri dari Kg. Kabatang Baru & Kg. Kipaliu & Kg. Simpang Empat, Kg. Bunang Ulu & Kg. Bunang Laut, Kg. Johan Jaya, Kg. Terlobou Baru, Kg. Sinar Harapan, Kg. Karanaan Baru, Kg. Kuala Binuow, Kg. Binuow Tengah, Kg. Mapila, Kg. Geneva, Kg. Babason, Kg. Nukakatan Baru, Kg. Papar Baru, Rancangan Beliau Tiulon Kg. Mustika dan Kg. Tiulon.

Sumber: New Sabah Times

6 comments:

  1. harap peruntukan tu digunakan sebaiknya dan ia dpt tangani isu tanah.

    ReplyDelete
  2. Di awal geran komunal ni diperkenalkan, ramai yang membuat penentangan terutama di daerah Tenom. jadi, sekarang harap2 penduduk sudah melihat kesan positif yang dibawa melalui geran komunal ni.

    ReplyDelete
  3. Syabas kepada Kerajaan pusat kerana sanggup memberikan peruntukan sebanyak RM25,703,600 untuk menyokong usaha kerajaan Sabah dalam menangani isu tuntutan tanah.

    ReplyDelete
  4. Diharapkan Kerajaan Sabah dan jabatan tanah akan mengutamakan hak rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utamakan hak rakyat Sabah dalam hal tanah NCR

      Delete
  5. dalam menyelesaikan masalah tanah, perlu juga peruntukan daripada kerajaan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...