Program Transformasi Negara (GTP) di bawah Program e-Kasih banyak
memberikan kebaikan kepada golongan sasar sesuai dengan tema janji terus
ditepati.
Kursus Latihan Kemahiran Program 1Azam, Kursus
Fotografi Digital dan Pasca Produksi anjuran Kementerian Belia dan Sukan
Sabah yang telah berlangsung 10 di kawasan Lintas baru-baru ini
umpamanya banyak memberikan faedah kepada golongan belia.
Pegawai
Pengurusan Bahagian Pantai Barat Kementerian Belia dan Sukan Sabah,
Anthonius Tompisal berkata, Program 1Azam itu bukan sahaja meliputi satu
kursus khusus sahaja, malah ia mempunyai beberapa kursus lain.
Katanya,
keprihatinan kerajaan bukan sahaja menyeluruh dalam menyalurkan bantuan
kebajikan kepada rakyat malah turut menumpukan aspek kemahiran dalam
membangunkan tahap pengetahuan dan juga memberikan para peserta asas
untuk memulakan sesuatu usaha mereka seandainya mereka ingin membuka
perniagaan sendiri kelak.
“Ramai peserta yang datang dari setiap
pelusuk negeri Sabah telah mendapat kebaikan dan kemahiran yang sangat
mendatangkan faedah kepada diri masing-masing.
“Saya berharap,
para peserta yang telah mengikuti kursus itu akan dapat memanfaatkan apa
yang telah mereka pelajari sebaik-baiknya kerana peluang itu adalah
amat bermakna lebih-lebih lagi ia merupakan salah satu usaha kerajaan
dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya.
Sementara itu,
Pemimpin Kerajaan Rakyat Kepayan yang juga merangkap Ahli MCA, Loo Yen
Tung berkata, para belia yang telah diberi peluang haruslah sentiasa
memupuk semangat nasionalisme yang tinggi dan berterima kasih kepada
kerajaan kerana kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian.
“Anda
semua harus berterima kasih dan terus membanggakan diri, keluarga dan
daerah yang kamu wakili dengan memanfaatkan sebaik-baik peluang yang
telah kamu dapat dalam kursus ini.
“Praktik sebaik-baik
pengetahuan yang telah kamu perolehi itu,” ujarnya ketika merasmikan
Majlis Penutupan Program 1Azam, Kursus Fotografi Digital Dan Pasca
Produksi pada Ahad.
Seramai 20 peserta yang telah yang datang
daripada Tambunan, Nabawan, Semporna, Kota Marudu, Kudat, Pulau Bangi
dan Putatan telah mendapat peluang keemasan itu.
Sumber: New Sabah Times
Kalau kerajaan beri bantuan dalam bentuk wang, ia akan lesap dalam sekelip mata tapi jika kemahiran yang kerajaan sediakan pasti akan dapat dimanfaat sepanjang hayat. Jadi, manfaatkanlah program2 yang dilaksanakan kerajaan.
ReplyDeleteKerajaan sentiasa memikirkan pembangunan untuk rakyat
DeleteTeruskan menyokong apa usaha yang memberikan kebaikkan kepada semua.
DeleteGTP harus dapat memberi manfaat kepada rakyat
ReplyDelete