Pemimpin Umno di Peringkat Bahagian menyatakan sokongan padu
mereka sekiranya Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, yang juga Ketua
Menteri Datuk Seri Musa Aman berhasrat untuk bertanding jawatan Naib
Presiden Umno dalam pemilihan Parti akan datang.
Menurut Ketua Umn
Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Diego, Ketua Menteri layak untuk
bertanding merebut jawatan itu berdasarkan hasil-hasil kerja dan
kepimpinan yang ditunjukkannya selama mentadbir Sabah.
“Segala
pembangunan yang telah dikecapi Sabah selama ketua menteri memegang
kerajaan negeri ini telah membuktikan dan meyakinkan semua bahawa beliau
layak untuk memegang jawatan itu,” kata Faisyal yang ditemui di Rumah
Terbuka anjuran Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Seruji
Nawawi dan Keluarga, di sini, kelmarin.
Dalam pada itu, Faisyal
juga menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan jawatannya itu pada
pemilihan Umno di Peringkat Bahagian nanti.
Katanya, dia serta
timbalannya, Seruji bersedia untuk meneruskan khidmat kepada ahli dan
pengundi Umno di peringkat Kota Kinabalu.
“Namun, saya dan
timbalan mengalu-alukan jika ada sesiapa yang ingin bertanding dan
berfikir bahawa dia lebih layak kerana jawatan ini terbuka untuk sesiapa
sahaja,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Sepanggar,
Datuk Jumat Idris, juga menyatakan sokongannya jika Ketua Menteri
bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno.
“Saya rasa tidak
ada masalah jika dua orang dari Sabah iaitu Ketua Menteri dan
penyandang, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bertanding kerana kita (Umno
Sabah) adalah tulang belakang kepada kekuatan Kerajaan Barisan Nasional
yang ada kini,” katanya.
Selain itu, Jumat juga turut menyatakan hasratnya untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Umno Peringkat Bahagian nanti.
Namun
Jumat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bertanding merebut
jawatannya kini memandangkan pemilihan tersebut terbuka kepada sesiapa
sahaja untuk bertanding.
Sementara itu, Naib Ketua Umno Bahagian
Beluran, Mahmud Awang Hussin, turut menyatakan sokongannya untuk Ketua
Menteri bertanding jawatan Naib Presiden Umno.
“Jika kita lihat
tokoh kepimpinan yang ditunjukkan Ketua Menteri semasa Pilihan Raya
sehingga mendapat kepercayaan rakyat Sabah dan memberi kemenangan besar
yang menyumbang kepada pembentukan Kerajaan Barisan Nasional di
peringkat Persekutuan,” katanya yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka
anjurannya di Hotel Promnade, di sini, kelmarin.
Sumber: New Sabah Times
0 comments:
Post a Comment