Friday, July 5, 2013

Undang-undang baru dirangka

Posted by Smookiekins On 7/05/2013 05:19:00 PM
Satu rang undang-undang baru dirangka bagi menggantikan Ordinan Darurat 1969 yang dimansuhkan pada 2011, dalam usaha menangani masalah jenayah khususnya dadah yang semakin berleluasa. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya sedang berbincang dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berhubung draf rang undang-undang baru itu.

“Kerajaan bersetuju menggubal undang-undang baru bagi mengurangkan kadar jenayah di negara ini. Kerajaan akan mendapatkan pandangan Ahli Parlimen dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara ini.


“Kita harus perketatkan undang-undang dan beberapa tindakan lebih tegas akan diperkenalkan dalam menguatkuasakan undang-undang baru dan sedia ada,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas program Cure and Care Service Centre (CCSC) Chow Kit dan Rumah Perlindungan Sinar Teratak Afidah di sini, semalam.



Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi; dan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Puan Sri Zuraidah Mohamed. 

Sebelum ini, Perdana Menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011 mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 serta mengkaji semula Akta Kediaman Terhad 1933 dan Ordinan Darurat, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang mengambil kira Perkara 10 Perlembagaan.


Bekas tahanan terbabit jenayah

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, lebih 2,600 tahanan Akta Ordinan Darurat sebelum ini yang dibebaskan di Simpang Renggam, Johor, kini dipercayai terbabit semula dalam pelbagai aktiviti jenayah.


Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...