Saturday, July 6, 2013

Kerajaan memperuntuk RM175 juta bagi membina bangunan baharu Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata proses pembinaan dijangka bermula Oktober ini.

“Kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan mahkamah baharu itu. Sudah ada (dalam perancangan), insya-Allah dalam masa tiga tahun akan siap, mudah-mudahan tiada halangan, tiada aral melintang, itulah perancangannya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, termasuk Mahkamah Bergerak yang ditempatkan di sini kelmarin.

Mengulas Mahkamah Bergerak di Sabah, Nancy berpendapat kewujudannya memberi impak positif kerana banyak membantu menyelesaikan kes tertunggak terutama di kawasan pedalaman negeri ini.
Sehubungan itu, beliau mungkin akan mengusulkan agar Sarawak turut mewujudkan Mahkamah Bergerak bagi membolehkan lebih banyak kes diselesai segera.

Mahkamah Bergerak menggunakan kenderaan khas iaitu bas bagi memudahkan pegawai yang bertugas ke kawasan pedalaman.


Sumber: New Sabah Times

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...