Polis akan mencadangkan kepada kerajaan supaya mewajibkan semua
kenderaan menggunakan nombor plat berteknologi tinggi atau e-plat,
sebagai usaha membendung jenayah membabitkan kenderaan.
Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata penggunaan nombor plat
menggunakan cip itu penting dalam menangani kes kecurian kenderaan yang
masih tinggi.
Bendung kecurian kereta
Katanya, cadangan
penggunaan e-plat pernah dikemukakan sebelum ini tetapi dibantah
pelbagai pihak sehingga ia gagal dilaksanakan.
Saya rasa bantahan
itu tidak boleh dipakai lagi memandangkan jenayah curi kenderaan yang
semakin berleluasa sekarang, jadi sudah sampai masanya ia dilaksanakan.
Polis
akan mencadangkan perkara ini dalam tempoh terdekat kerana yakin apa
saja jenayah menggunakan kenderaan dapat dikesan cepat dengan penggunaan
e-plat, katanya selepas melancarkan Jabatan Pencegahan dan
Pembanterasan Jenayah (JPPJ) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai
Siput di sini, semalam.
Khalid berkata, banyak negara menggunakan
e-plat dan berjaya mencegah dan mengesan kes kecurian kenderaan dengan
cepat, manakala kosnya juga tidak mahal.
Jawatankuasa siasatan tahanan mati dibubar
Sementara
itu, Khalid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat keputusan
membubarkan jawatankuasa siasatan kes kematian dalam tahanan dan
menyerah sepenuhnya tugasan itu kepada Suruhanjaya Integriti Agensi
Penguatkuasaan (SIAP).
Sebelum ini, kita umum penubuhan
jawatankuasa khas untuk melihat semula Prosedur Operasi Standard (SOP)
polis, tetapi tugas jawatankuasa itu sekarang diambil alih oleh SIAP dan
Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Oleh itu, PDRM jawatankuasa yang diumumkan sebelum ini dibubarkan.
Kami
akan memberi kerjasama penuh kepada SIAP kerana saya sendiri tidak mahu
perkara ini berulang, seboleh-bolehnya saya tidak mahu perkara ini
(kematian) berlaku di mana-mana lokap atau tempat tahanan orang salah,
katanya.
Sumber: Berita Harian
0 comments:
Post a Comment