Tuesday, July 2, 2013

Perpecahan di kalangan pembangkang Sabah

Posted by Smookiekins On 7/02/2013 04:05:00 PM
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), berlaku perpecahan dalam kalangan pembangkang di Sabah. Perkara tersebut disahkan apabila pemimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) mengakui mereka tidak puas hati berada dalam Pakatan pembangkang. (Berita Harian)

Difahamkan, Pengerusi APS, Wilfred Bumburing yang bertanding atas tiket PKR pada PRU-13 juga menunjukkan rasa tidak minat menyertai parti itu. Bumburing dahulunya adalah Ahli Parlimen Tuaran tetapi gagal mempertahankan kerusi tersebut. 

Bumburing, sebaliknya sedang mengkaji kemungkinan untuk menyertai parti tempatan atau mengetuai parti baru yang akan ditubuhkan. (Berita Harian)

Di pihak PKR pula, diwakili oleh Naib Presiden PKR N. Surendran mengtakan bahawa mereka tidak merasakan kesal atau terkilan sekiranya Bumburing tidak menyertai PKR. 

Perkara tersebut semakin jelas apabila ketua pemuda APS Denis Gimpah mendedahkan bahawa 'banyak isu' tidak dapat diselesaikan dengan Pakatan pembangkang sebelum PRU-13. (Berita Harian)

Khabar angin mengatakan bahawa kemungkinan Bumburing akan menyertai DAP tetapi masih lagi mempertimbangkan parti-parti tempatan yang lain. 

Keadaan Bumburing serupa dengan Jeffrey Kitingan. Selepas keluar PBS, Jeffrey banyak kali lompat parti sehingga tertubuhnya STAR. Pada PRU-13, STAR hanya menang DUN Bingkor. 

Anwar berjanji banyak sangat kepada pemimpin-pemimpin pembangkang di Sabah sehingga banyak isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pembangkang di Sabah.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menerima maklum pelantikan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ketua pembangkang tetapi Bumburng tidak mendapat habuan yang berpatutan. 

Pada pendapat penulis ramai lagi pemimpin-pemimpin pembangkang Sabah yang berkelayakan daripada Lajim.



~ Smookiekins

5 comments:

  1. enasihat DAP Lim Kit Siang berkata kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya adalah hasil kegagalan gabungan pembangkang untuk mencapai matlamat menawan 1/3 kerusi parlimen di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Supaya tiga ‘deposit kekal’ negeri Sabah, Sarawak dan Johor, PR boleh mendapat 33 kerusi parlimen untuk membantu PR dalam jumlah kerusinya untuk menawan Putrajaya untuk PR,” kata Lim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

    ReplyDelete
  3. PR hanya berjaya memenangi 16.9 peratus kerusi di Sabah, Sarawak dan Johor, iaitu 14 kerusi parlimen (tiga di Sabah, enam di Sarawak dan lima di Johor) daripada 83 kerusi yang ada pada pilihanraya umum ke 13 yang diadakan pada 5 Mei yang lalu.

    ReplyDelete
  4. “Pertandingan untuk memenangi hati dan minda rakyat Sabah, Sarawak dan Johor kini terbuka,” tegas ahli parlimen Gelang Patah tersebut.

    Keputusan PRU13 di Sabah, kata Lim, adalah satu pengajaran yang pahit untuk pembangkang yang gagal bersatu.

    ReplyDelete
  5. Sila tandatangani petisi yang mengesa kerjasama antara pembangkang Sabah:
    https://gopetition.com/petitions/gabungkan-pembangkang-sabah-satu-lawan-satu.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...