Sunday, July 7, 2013

Aspek kesihatan keluarga perlu diberi perhatian, kata Hamisa

Posted by Smookiekins On 7/07/2013 03:56:00 PM
Setiap keluarga perlu mengambil berat aspek kesihatan keluarga khasnya kesihatan reproduktif manusia kerana ia berupaya mengganggu mutu institusi keluarga.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber Dan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, ia adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan setiap ahli keluarga berada di tahap baik.

“Aspek kesihatan reproduktif ini perlu diberi perhatian kerana ia akan mengganggu mutu kualiti institusi kekeluargaan sekiranya ada ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan,’’katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Keluarga Kita Bah (JKKB) peringkat daerah Tawau anjuran Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah di Kg Merotai di sini kelmarin.

Menurutnya, keluarga juga disaran mempertingkat pengetahuan maklumat dalam semua perkara khasnya pengetahuan isu-isu semasa bagi mempersiapkan diri menghadapi ancaman yang berusaha menghakis institusi kekeluargaan.

“Institusi kekeluargaan merupakan tunjang kepada perubahan masyarakat, sehubungan itu ia perlu diperkukuh agar dapat menghadapi cabaran-cabaran persekitaran yang sentiasa berubah,’’katanya lagi.

Beliau yang juga wakil rakyat Tanjong Batu dalam pada itu, berharap perlaksanaan program JKKB dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai pentingnya pengetahuan berkaitan kesihatan.

“Saya difahamkan pihak LPPKN memperkenalkan semua perkhidmatan mereka dalam program ini dan ia perlu dimanfaatkan dalam memperbaiki mutu kehidupan dan kesihatan keluarga,’’ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah LPPKN Sabah, Jimbau Munggat.



Sumber: New Sabah Times

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...