Wednesday, June 12, 2013

Semua wakil rakyat BN menang PRU13 harus tunai tanggungjawab - Musa

Posted by Smookiekins On 6/12/2013 11:35:00 AM
Semua Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional yang menang dalam pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini hendaklah menunaikan tanggungjawab mereka berdasarkan mandat yang diberikan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman menegaskan sebagai wakil rakyat mereka hendaklah bekerja untuk kepentingan rakyat yang mereka wakili.

Musa berkata demikian dalam mesyuarat khas Wakil-wakil Rakyat BN di Bangunan Dewan Undangan Negeri di Likas kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri berkata mandat yang diberikan adalah amanah yang perlu ditunaikan kepada rakyat dan apa yang diperlukan oleh rakyat mereka perlu terus turun padang untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadpai.

Musa juga meminta mereka menyampaikan maklumat tentang pelbagai pembangunan yang sudah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan B.

“Kita juga perlu menolak segala dakwaan dan fintah yang dilemparkan oleh pembangkang kerana ini amat penting agar rakyat tidak termakan dengan dakwaan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata wakil-wakil rakyat juga perlu menyampaikan maklumat yang tepat terutama sekali mengenai agenda pembangunan kerajaan untuk faedah rakyat.

Mengenai Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 minggu depan, Ketua Menteri berkata kelab penyokong kerajaan sudah bersedia untuk berdepan serang isu yang ditimbulkan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang.

Beliau berharap persidangan Dewan Negeri akan diadakan dengan debat yang sihat dan membina dan bukan membuat fitnah dan dakwaan yang tidak berasas.


Sumber: New Sabah Times

5 comments:

  1. Diharapkan semua calon yang menang akan menunaikan janji dan tanggungjawab mereka terhadap rakyat yang telah menyokong mereka pada PRU-13 lalu.

    ReplyDelete
  2. Janganlah sekali mengecewakan rakyat yang telah meletakkan harapan mereka terhadap anda.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan BN juga perlulah melakukan yang terbaik bagi memuaskan keperluan rakyat kerana inilah tanggungjawab mereka yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Perlu ada kerjasama yang baik antara kerajaan Sabah, kerajaan pusat dan juga wakil setiap kawasan.

    ReplyDelete
  5. Semoga perkhidmatan yang lebih baik boleh disampaikan kepada rakyat supaya mereka akan terus memberi mandat kepada kerajaan BN pada PRU seterusnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...