Semua Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional yang menang dalam
pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini hendaklah menunaikan tanggungjawab
mereka berdasarkan mandat yang diberikan.
Ketua Menteri, Datuk
Seri Musa Haji Aman menegaskan sebagai wakil rakyat mereka hendaklah
bekerja untuk kepentingan rakyat yang mereka wakili.
Musa berkata demikian dalam mesyuarat khas Wakil-wakil Rakyat BN di Bangunan Dewan Undangan Negeri di Likas kelmarin.
Beliau
yang juga Pengerusi BN Negeri berkata mandat yang diberikan adalah
amanah yang perlu ditunaikan kepada rakyat dan apa yang diperlukan oleh
rakyat mereka perlu terus turun padang untuk membantu menyelesaikan
masalah yang mereka hadpai.
Musa juga meminta mereka menyampaikan maklumat tentang pelbagai pembangunan yang sudah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan B.
“Kita
juga perlu menolak segala dakwaan dan fintah yang dilemparkan oleh
pembangkang kerana ini amat penting agar rakyat tidak termakan dengan
dakwaan pembangkang,” katanya.
Beliau berkata wakil-wakil rakyat
juga perlu menyampaikan maklumat yang tepat terutama sekali mengenai
agenda pembangunan kerajaan untuk faedah rakyat.
Mengenai
Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 minggu depan, Ketua Menteri
berkata kelab penyokong kerajaan sudah bersedia untuk berdepan serang
isu yang ditimbulkan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang.
Beliau
berharap persidangan Dewan Negeri akan diadakan dengan debat yang sihat
dan membina dan bukan membuat fitnah dan dakwaan yang tidak berasas.
Sumber: New Sabah Times
Diharapkan semua calon yang menang akan menunaikan janji dan tanggungjawab mereka terhadap rakyat yang telah menyokong mereka pada PRU-13 lalu.
ReplyDeleteJanganlah sekali mengecewakan rakyat yang telah meletakkan harapan mereka terhadap anda.
ReplyDeleteKerajaan BN juga perlulah melakukan yang terbaik bagi memuaskan keperluan rakyat kerana inilah tanggungjawab mereka yang sebenarnya.
ReplyDeletePerlu ada kerjasama yang baik antara kerajaan Sabah, kerajaan pusat dan juga wakil setiap kawasan.
ReplyDeleteSemoga perkhidmatan yang lebih baik boleh disampaikan kepada rakyat supaya mereka akan terus memberi mandat kepada kerajaan BN pada PRU seterusnya.
ReplyDelete