Ekonomi Sabah bukan saja berada di landasan tepat tetapi terus
berkembang di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Dengan kestabilan politik dan keadaan ekonomi yang baik, negeri ini akan terus menarik lebih ramai pelabur tempatan dan asing.
“Dengan
adanya pelaburan yang lebih banyak maka peluang pekerjaan dan
perniagaan juga banyak dapat diwujudkan,” kata Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Haji Aman ketika menggulung perbahasan bagi Kementerian Kewangan
pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini kelmarin.
Beliau berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai parti yang diberi
kepercayaan dan mandat oleh rakyat, akan terus memastikan agenda
pembangunan serta aku janji pada pilihan raya ke-13 (PRU13) dipenuhi.
Musa Aman berkata segala program pembangunanyang dirancang akan
dilaksana selaras dengan aku janji dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Dalam
menjalankan tugas dan amanah ini, saya pohon kepada semua Ahli Yang
Berhormat pembangkang khususnya, supaya dapat melihat kebaikan dan
kemurnian hasrat kerajaan BN dalam melaksanakan pelbagai dasar
pembangunan yang menjurus kepada mempertingkat kualiti hidup rakyat dan
memacu pembangunan ekonomi negeri ke arah kemakmuran serta kesejahteraan
yang berkekalan,” katanya.
Musa, yang juga Menteri Kewangan
Negeri, memberi jaminan bahawa dengan mandat baharu yang diberikan
rakyat Sabah kepada BN, semua program pembangunan yang dirancang sebelum
ini bukan sahaja akan dilaksana bahkan diteruskan serta dipertingkat.
Beliau
berkata Bajet Negeri 2013 berjumlah RM4,088.48 juta bertujuan untuk
memperkembangkan lagi ekoonmi negeri dan ianya merupakan bajet terbesar
pernah dilaksanakan dengan pelbagai inisatif untuk memenuhi kehendak dan
asparasi rakyat.
“Justeru, kerajaan BN Sabah akan melipatgandakan
lagi usaha dan bergerak lebih pantas bagi meneruskan pelaksanaan
program pembangunan yang telah dirancang sesuai dengan Program
Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan (GTP/ETP),”
katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Musa yang juga
pengerusi BN negeri, berkata kerajaan bukan sahaja mampu merancang malah
berupaya melaksanakan segala perancangan dasar, projek dan inisiatif
untuk kesejahteraan rakyat.
“Apa yang penting, selepas ini kita
perlu terus turun padang, berikan perkhidmatan dan pembelaan yang
terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing,” katanya.
Mengulas
sidang penggal pertama yang berakhir kelmarin beliau berkata wakil
pembangkang lebih banyak mengelirukan Dewan dengan memutar belit fakta
dan mengeksplotasi isu untuk kepentingan politik sempit mereka.
“Malah
mereka seolah-olah tidak memahami atau pura-pura tidak tahu pelbagai
usaha dan kejayaan kerajaan BN dalam membela nasib rakyat dan membawa
pembangunan di seluruh negeri, termasuk di kawasan yang mereka menangi,”
katanya.
Persidangan Dewan ditangguh.
Sumber: New Sabah Times
0 comments:
Post a Comment