Wednesday, June 26, 2013

Demokrasi Malaysia masih kekal subur

Posted by Smookiekins On 6/26/2013 04:43:00 PM
Berlangsungnya majlis angkat sumpah 222 Ahli Dewan Rakyat dan bermulanya Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13. Dengan itu, membuktikan proses dan amalan demokrasi masih kekal subur dan sihat, malah rakyat bertambah matang membuat pilihan serta menjaga dan mengamalkan prinsip demokrasi.

Sebelum itu beberapa bantahan dilakukan ahli Parlimen pakatan pembangkang bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) pada Mei 5 lalu kerana didakwa tidak telus dan memihak kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). 

Mereka juga mengugut memboikot majlis tersebut, namun akhirnya semua ahli Parlimen Pakatan pembangkang hadir dan majlis itu berlangsung dengan lancar. Secara automatik mengesahkan pembangkang kini menerima dan mengiktirafkan keputusan PRU-13 dibuat rakyat menerusi undian.

Ahli Dewan bersumpah untuk jujur menunaikan kewajipan sebagai ahli Dewan, menumpahkan taat setia sebenar kepada negara dan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan. Sungguh tinggi nilai sumpah taat setia kedua-dua komponen Dewan Rakyat, Yang Dipertua dan juga semua ahli.

Dengan mandat diberi rakyat, ahli Dewan Rakyat perlu melaksanakan tanggungjawab untuk negara, bukan hanya untuk pengundi atau parti politik yang mereka wakili. Wakil rakyat mesti manfaatkan Dewan untuk kesejahteraan negara. 

Dalam konteks demokrasi, Parlimen menjadi mekanisme semak dan imbang atas tindakan pihak eksekutif, terutama Jemaah Menteri. Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan jelas meletakan tanggungjawab Parlimen mengenai Perkara ini.

Bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli Dewan, ahli-ahli hendaklah berhujah berdasarkan fakta. Sebagai rakyat kita mengharapkan perbahasan lebih matang oleh Ahli Yang Berhormat padang sidang Parlimen.

Ahli Parlimen BN akan menumpuhkan kepada usaha menunaikan aku janji parti, termasuk komited menyediakan pelan terbaik untuk rakyat dalam Bajet 2014. Perdana Menteri yakin ahli Parlimen yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU-13 mampu berbahas secara berhemah dan tertib. 

Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat menggesa semua anggota Dewan Rakyat menerapkan budaya transformasi sewaktu bertugas di Dewan Rakyat untuk menjulang martabat Parlimen ke tahap lebih tinggi. Beliau berkata seiring tuntutan semasa, proses dan cara persidangan Dewan Rakyat juga akan turut berubah ke demokrasi lebih matang walaupun ia dijangka mengambil masa. 



~ Smookiekins

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...